Apple Pay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Apple Pay
Apple Pay logo.svg
PembangunApple Inc.
Pelancaran pertama20 Oktober 2014; 7 tahun yang lalu (2014-10-20)
Sistem pengendalianiOS 8.1 atau kemudian
(iOS 10 atau kemudian bagi Apple Pay dalam web)
(iOS 11.2 atau kemudian untuk Apple Cash)
Semua versi watchOS
macOS Sierra atau kemudian
Pelantar
LesenBerhak milik
Tapak webapple.com/apple-pay/

Apple Pay ialah khidmat pembayaran mudah alih yang disediakan Apple Inc. membantu para pengguna produk keluaran syarikat tersebut membayar transaksi secara langsung. Kemudahan ini boleh didapati dalam talian mahupun menggunakan gedung aplikasi itu sendiri menyokong peranti-peranti iPhone, Apple Watch, iPad, dan Mac. Sistem ini mendigitasikan nombor atau cip pengenalan kad kredit atau kad debit di terminal titik jual; malah ia tidak memerlukan terminal nirsentuh khusus kepada peranti Apple sebaliknya boleh diterima sebarang yang menerima sarana pembayaran tersebut.[1] Kaedah ini menambahkan pengesahan dwibukti melalui Touch ID, Face ID, nombor pengenalan peribadi atau kod laluan; di mana peranti berhubung secara nirwayar dengan sistem-sistem titik jual semedan dekat dengan unsur keselamatan tertambat (embedded secure element, eSE) untuk menyimpan data pembayaran peribadi secara selamat dan melakukan fungsi kriptografi, serta pengesahan biometrik Touch ID dan Face ID disediakan Apple Sendiri.

Sistem ini diperkenalkan ketua pegawai eksekutif Apple, Tim Cook, semasa acara pelancaran iPhone 6 pada 9 September 2014.[2] Ia mula diluaskan masuk pasaran antarabangsa di United Kingdom pada Julai 2015.[3] Khidmat ini kemudiannya masuk pasaran Asia melalui China secara kerjasama dengan 15 buah bank utama di sana pada 17 Disember 2015[4] sebelum dibuka kepada pelanggan serata negara itu pada 18 Februari 2016.[5] Apple Pay mula dilancarkan serantau Nusantara melalui Singapura pada April 2016.[6][7] Ia dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2022.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Countries and regions that support Apple Pay". Apple. Julai 17, 2019.
  2. ^ Jeffries, Adrianne (September 9, 2014). "Apple Pay allows you to pay at the counter with your iPhone 6". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2014. Dicapai pada September 13, 2014.
  3. ^ "Most Apple Pay payments will have £20 limit, banks say". BBC News Online. Jun 9, 2015. Dicapai pada Julai 26, 2015.
  4. ^ Rao, Leena (Disember 17, 2015). "Apple Pay Is Finally Coming To China". Fortune.
  5. ^ "Apple Pay to be available in China from this week". BBC News Online. Februari 18, 2016.
  6. ^ Cheok, Jacquelyn (20 April 2016). "Apple Pay debuts in S'pore; analysts say it'll take time to catch on". The Business Times. Dicapai pada 9 Ogos 2022.
  7. ^ Russell, Jon (19 April 2016). "Apple Pay is now available in Singapore". TechCrunch. Dicapai pada 9 Ogos 2022.
  8. ^ Aman (9 Ogos 2022). "Apple Pay Kini Rasmi – Menyokong Kad Kredit Maybank, Ambank, Std Chartered; Kad Debit Maybank". Amanz. Dicapai pada 9 Ogos 2022.