Apresiasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Apresiasi
Album studio oleh Saida dan Sairah
Dikeluarkan padaMac 2010
Dirakam pada2009–2010
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
PenerbitAidit Alfian

Apresiasi merupakan album duet yang dipersembahkan oleh Siti Norsaida Tarudin dan Siti Nursairah Tarudin, atau lebih dikenali sebagai Saida dan Sairah, dua daripada adik-beradik Datuk Siti Nurhaliza, dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions sebagai peluang untuk mereka berdua menyerlahkan bakat masing-masing kepada orang awam. Album ini juga dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, oleh itu pelancaran rasminya diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni pada 16 April 2010[1] (walaupun sudah berada di pasaran sejak Mac).

Album ini hanya memuatkan enam lagu, iaitu satu lagu duet, dua lagu nyanyian Saida, dua nyanyian Sairah, dan satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua bersama Siti Nurhaliza dan dua adik-beradik lelaki, Ali dan Ayie, sebagai dedikasi kepada arwah bapa mereka, Tarudin Ismail, yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009.[2]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Tinta Bukan Luka" (Saida dan Sairah)Ad SamadAlim  
2. "Hero Wayang" (Sairah)    
3. "Sedalamnya Cinta" (Saida)    
4. "Akhir Cinta" (Sairah)PSNNSharon Paul  
5. "Dicuri Malam" (Saida)    
6. "Kini Dikau Jauh" (Saida, Sairah, Ayie, Ali dan Siti Nurhaliza)Ad SamadAidit Alfian  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey Isma (16 April 2010). "Gambar Siti Nurhaliza, Sairah & Saida Lancar Album Apresiasi". Sensasi Selebriti. Dicapai 18 April 2010. 
  2. ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Mac 2010). "Apresiasi cara Saida, Sairah". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2010.