Apries

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Apries
Wahibre
wajah Apries, Louvre
wajah Apries, Louvre
Firaun Mesir
Pemerintahan 589–570 BC,  Dinasti ke dua puluh enam Mesir
Pendahulu Psamtik II
Pengganti Amasis II
Ibunda Takhuit
Mangkat 567 BC

Apries (memerintah 589-570 BCE) merupakan firaun keempat dalam dinasti ke dua puluh enam, atau dinasti Saite Tempoh Akhir.

Rangka pemerintahan Apries didapati hasil penulisan sejarahwan Yunani, Herodotus dan sebahagiannya bergantung pada sejarahwan kurun pertama BCE Diodorus Soculus.

Sesetengah perincian bagi kisah ini diberikan oleh kitab suci Yahudi, rujukan Babylonia, dan teks Mesir. Perbandingan dari sumber tersebut menunjukkan pengisahan klasik yang cacat pada penghujung kisah pemerintahan Apries.

Isu polisi asing utama semasa tempoh pemerintahannya merupakan pengekangan perluasan Chaldean dari Timur Dekat. Pada tahun 589 BCE, Apries cuba menghentikan pengepongan Chaldean terhadap Jerusalem tetapi dikalahkan dan dihalau ke selatan.

Pada tahun 582 BCE, raja Nebuchadrezzar II, raja Chaldean di Babylonia menyerang Mesir selepas kejayaan di Syria-Palestin tetapi pencerobohan tersebut meninggalkan sedikit kesan terhadap sumber sejarah. Kejayaan kempen Apries (sekitar 574-571 BCE) menentang Tyre, Sidon, dan Cyprus patut dilihat berdasarkan latar belakang tersebut; kerana ia pasti membantunya menghalang kemajuan Chaldean ke selatan, dan ia kemungkinannya membekalkan sumber ekonomi yang diperlukan bagi membiayaai perperangan.

Operasi menentang Cyrene (571-570 BCE) membawa pembabitan Chaldean lebih mendalam terhadap Mesir, tetapi diluar jangkaan; Apries telah menghantar ekspedisi menyerang Cyrene, sebuah bandar Yunani di timur Libya di Mediterranean, kemungkinannya bagi menghalang pencerobohan Cyrene ke atas jajahan Libya, yang seterusnya akan mengancam perbatasan barat Mesir. Tenteranya dikalahkan dan kekalahan tersebut bertukar menjadi pemberontakan machimoi, kelas tentera Mesir asal yang teruk menderita dalam pertempuran tersebut dan marah terhadap anugerah raja terhadap tentera upahan asing, terutama dari Carian dan Ionian.

Tentera pemberontak yang diketuai oleh Amasis, pegawai tinggi Apries mengalahkan Apries pada tahun 570 BCE di Momemphis, kemungkinannya masa kini Kom el-Hisn, tetapi Apries terlepas. Tidak diketahui samaada Apries kekal di Mesir atau telah pergi ke Babylonia bagi mendapatkan sokongan, bagaimanapun tidak lama selepas itu, Raja Nebuchadrezzar melancarkan serangan terhadap Mesir dan Apries termasuk sebahagian darinya pada tahun 567 BCE dan kemungkinannya bagi memulihkan firaun yang terbuang sebagai boneka Babylonia.

Pasukan tersebut dikalahkan oleh gabungan cuaca buruk dan tindakan ketenteraan Mesir, dan Apries telah lemas. Dia dikebumikan dengan penuh kehormatan di makam diraja di kuil Neith di Sais.

Polisi dalamannya tidak banyak diketahui berbanding polisi luar negaranya, tetapi kemungkinannya polisi Apries menurut amalan biasa. Pembinaan stela Memphite pada tahun ketiga belas pemerintahannya dan kemurah hatinya pada kambing jantan Mendes menunjukkan kegigihannya bagi mengekalkan sokongan kuil pada dirinya. Dia mengekalkan polisi mengawal organisasi paderi Theban melalui perlantikan wanita diraja sebagai teman dewa bagi Amun-Ra. Ankhnesneferibre menggantikan Nitocris dalam peranan tersebut pada tahu 584 BCE.

Stela Memphite turut menggambarkan dengan jelas kegigihannya bagi beroperasi berdasarkan amalan nenek-moyang. Hanya sedikit pembinaan oleh Apries yang diketahui tetapi jelas menonjol melalui Istana Apries di Memphis yang pastinya sebuah bangunan yang mengkagumkan. Istana menakjubkan di Sais yang disebut oleh Herodotus mungkin merupakan satu lagi contoh, tetapi ia tidak jelas samaada ia dibina oleh Apries atau dia sekadar tnggal di istana tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Oxford Encyclopedia Of Ancient Egypt, Donald B. Redford - Volume 1, 2001
  • ^ Clayton, Peter A. Chronicle of the Pharaohs: The Reign-by-Reign Record of the Rulers and Dynasties of Ancient Egypt. Thames & Hudson., paperback, p.195, 2006. ISBN 0-500-28628-0
  • ^ Clayton, p.195