April Fool (perisik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein.

Menurut Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq 2003, April Fool adalah seorang pegawai Amerika dan bekerja sebagai diplomat dan pada masa sama ejen sulit telah dihampiri oleh ejen risikan Iraq. April Fool kemudian menjual maklumat palsu kepada Iraq kononnya rancangan pencerobohan tentera Amerika. Maklumat palsu ini memberi petunjuk yang salah kepada tentera Iraq yang melemahkan pertahanan mereka dalam menghadapi pencerobohan tentera Amerika Syarikat.

Baghdad jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian yang juga menyaksikan kejatuhan rejim Saddam Hussein.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]