Arak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Botol-botol arak berbagai jenis

Arak yang juga dikenali sebagaivdalam bahasa Arab bermaksud minuman yang mengandungi etanol, sejenis alkohol yang menyebabkan rasa mabuk meringankan badan.

Ia merupakan pinjaman Bahasa Arab: ﻋﺮﻕ‎, translit. ʿaraq yang difahamkan bermaksud "peluh"[1] - nama ini pada asalnya merujuk kepada suatu minuman beralkohol khusus daripada anggur dan jintan manis didapati di kawasan Syam. Nama ini turut dibawa kepada minuman keras sulingan terhasil di Hindia Timur Belanda dan nira kelapa, tebu atau beras melalui bentuk arrack, Indonesia lebih mengaitkan nama "arak" itu kepada minuman sebegini.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Di sesetengah negara benua Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuh lagi-lagi semasa musim sejuk kerana kemampuan ia melancarkan peredaran darah melalui peluasan pembuluh darah. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.

Sebagai sampingan makanan[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan sesetengah masyarakat Barat, suatu minuman arak khusus lazim dijamukan untuk beberapa tertentu:

Sebagai perisa[sunting | sunting sumber]

Kandungan etanol dalam arak (lagi-lagi dalam bentuk tulen) boleh melarutkan lemak dan minyak masakan. Tahap asid dalam arak-arak ini turut dipakai dengan tujuan menambahkan rasa manis atau berlauk kepada kaldu dan rendidih.[3]

Pandangan mengikut agama[sunting | sunting sumber]

Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram di mana ia dianggap sebagau suatu minuman "kemegahan" bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. .

Sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

Antara contoh jenis arak[sunting | sunting sumber]

  1. Khamar
  2. Rum
  3. Samsu
  4. Scotch
  5. Wain
  6. Wiski

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Arak dalam Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dictionary definition: arak. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Retrieved March 10, 2016.
  2. ^ Caton, S.J.; Ball, M; Ahern, A; Hetherington, M.M. (2004). "Dose-dependent effects of alcohol on appetite and food intake". Physiology & Behavior. 81 (1): 51–58. doi:10.1016/j.physbeh.2003.12.017. PMID 15059684.
  3. ^ "6 Secrets of Cooking with Wine".