Arare

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arare

Arare (Jepun: あられ, 霰) atau arare mochi adalah makanan ringan asal Jepun yang dibuat dari beras. Bentuknya kecil (panjang sekitar 2 hingga 3 cm, tebal sekitar 3 mm), dan dimasak dengan cara dipanggang atau digoreng. Bahan asasdan ukurannya yang kecil-kecil membezakan arare dan okaki dengan senbei yang berukuran besar dan dibuat dari beras.[1] Makanan ringan ini diberi nama "arare" kerana kelihatan seperti butir-butir hujan batu.

Arare dibuat dengan cara merendam beras hingga lembut. Setelah itu, beras dihancurkan menjadi tepung, dan dikukus hingga menjadi adunan untik diuli. Adunan dipotong-potong kecil sebelum dikeringkan, diberi perasa, dan dipanggang. Arare dibuat dalam banyak rasa, dan biasanya manis atau masin (rasa kicap atau rasa selada yang bermaksud rasa garam). Bahan perisa yang umum ditambah adalah nori, udang, dan sotong. Arare juga dibuat berwarna-warni dengan memakai pewarna dari tumbuh-tumbuhan atau pewarna makanan.

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Hina arare
  • Hina arare

Hina arare adalah nama bagi arare berbentuk bulat dan dibuat berwarna-warni seperti merah jambu, hijau, dan kuning. Seperti juga hishimochi, hina arare merupakan makanan istimewa untuk kanak-kanak sewaktu merayakan Hinamatsuri. Makanan ringan lain seperti karinto, dan arare isi kacang juga sering dikemas bersama hina arare.

  • Bubu arare

Pada mulanya, arare dimasukkan ke dalam bungkusan furikake sebagai penyerap kelembapan. Pada waktu itu, furikake masih dibungkus dalam bungkusan kertas, dan mudah sekali menjadi lembap bila dibungkus tanpa arare. Sebahagian besar orang ternyata menyukai rasa garing dan rangup arare yang disertakan bersama furikake. Berdasarkan alasan tersebut, pengilang terus menggunakan tradisi memasukkan arare ke dalam furikake walaupun sudah memakai teknologi bungkusan moden. Arare dalam bungkusan furikake disebut "bubu arare" (singkatannya "bubu") kerana orang Kyoto menyebut ochazuke sebagai bubuzuke.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ang, Catharina Y.W. (1999). Asian Foods: Science and Technology. CRC Press. m/s. 6–7. ISBN 1-5667-6736-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]