Pergi ke kandungan

Arborophila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arborophila
Seruk kalung putih (Arborophila gingica)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Galliformes
Keluarga: Phasianidae
Subkeluarga: Perdicinae
Genus: Arborophila
Hodgson, 1837
Spesies jenis
Perdix torquela (seruk gunung ubun coklat)
Spesies

Sekitar 20, lihat teks

Arborophila ialah genus burung dalam keluarga Phasianidae. Genus ini mempunyai jumlah ahli kedua paling banyak dalam Galliformes selepas Pternistis, biarpun spesies Arborophila berbeza sangat sedikit dari segi perkadaran badan, dengan perbezaan antara spesies hanya pada warna/corak dan saiz keseluruhan. Ia merupakan sejenis burung seruk yang agak kecil dengan tanda berwarna terang, ditemui di kawasan hutan di Asia timur dan selatan.[1] Beberapa spesies dalam genus ini julatnya kecil dan terancam akibat kemusnahan habitat dan pemburuan.

Genus ini mengandungi 18 spesies.[2]

Imej Nama umum Nama saintifik Taburan
Seruk gunung ubun coklat Arborophila torqueola India, Nepal, Bhutan, Tibet, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
Seruk Sichuan Arborophila rufipectus China
Seruk dada berangan Arborophila mandellii Bhutan, Darjeeling, Sikkim, Arunachal Pradesh dan tenggara Tibet
Seruk kalung putih Arborophila gingica China (Zhejiang, Jiangxi, Fujian, Guangdong dan Guangxi.)
Seruk gunung rengkung merah Arborophila rufogularis Bangladesh, Bhutan, China, India, Laos, Myanmar, Nepal, Thailand, dan Vietnam
Seruk gunung paruh merah Arborophila rubrirostris Sumatera, Indonesia.
Seruk gunung bersisik selatan Arborophila cambodiana Kemboja.
Seruk Hainan Arborophila ardens Pulau Hainan, China.
Seruk Taiwan Arborophila crudigularis Taiwan
Seruk gunung belukar Arborophila atrogularis India, utara Myanmar, dan timur laut Bangladesh
Seruk gunung bersisik utara Arborophila brunneopectus Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam
Seruk gunung leher jingga Arborophila davidi Kemboja
Seruk gunung Borneo Arborophila hyperythra Borneo
Seruk gunung Melayu Arborophila campbelli Semenanjung Malaysia.
Seruk gunung Batak Arborophila rolli Sumatera, Indonesia.
Seruk gunung Sumatera Arborophila sumatrana Sumatera, Indonesia.
Seruk gunung perut coklat Arborophila javanica Jawa.
Seruk gunung muka putih Arborophila orientalis timur Jawa, Indonesia.
  1. ^ Madge, Steve; McGowan, Phil (2002). Pheasants, Partridges & Grouse. London: Christopher Helm. m/s. 10. ISBN 0-7136-3966-0.
  2. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (February 2025). "Pheasants, partridges, francolins". IOC World Bird List Version 15.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 9 March 2025.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]