Arc de Triomphe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Arc de Triomphe
Arc de Triomphe, Paris 5 February 2019.jpg
The Arc de Triomphe in 2019
Nama lainArc de Triomphe de l'Étoile
Maklumat umum
JenisTriumphal Arch
Gaya seni binaNeoclassicism
LokasiPlace Charles de Gaulle (formerly Place de l'Étoile)
Koordinat48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°E / 48.8738; 2.2950Koordinat: 48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°E / 48.8738; 2.2950
Pembinaan bermula15 Ogos 1806[1]
Dirasmikan pada29 Julai 1836[2]
Tinggi50 m (164 ka)
Dimensi
Lain-lain dimensiWide: 45 m (148 ka)
Deep: 22 m (72 ka)
Reka bentuk dan pembinaan
ArkitekJean Chalgrin
Louis-Étienne Héricart de Thury

Arc de Triomphe de l'Étoile ("Gerbang Kemenangan Dataran Bintang") adalah sebuah tugu di hujung barat Champs-Élysées, Paris, Perancis yang terletak di pusat Dataran Charles de Gaulle - Place de l'Étoile ("Dataran Bintang") merupakan nama asal dataran sempena bentuk "bintang" (Étoile) yang terhasil daripada pencabangan jalan memusat dari dataran tersebut. Binaan ini memperingati askar-askar yang berjuang untuk Perancis, khususnya sewaktu Perang Napoleon terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka pada bahagian dalam dan atas gerbang. Di bawahnya adalah Makam Askar Tidak Dikenali dari Perang Dunia Dunia.

Tugu ini telah direkabentuk oleh Jean Chalgrin pada 1806 di mana beliau diilhamkan Gerbang Titus yang ada di Roma. Tugu ini berdiri setinggi 49.5 m (162 ka), lebar 45 m (148 ka) dan tebal 22 m (72 ka). Kekubah besarnya setinggi 29.19 m (95.8 ka) dan lebar 14.62 m (48.0 ka). Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68 m (61.3 ka) dan lebar 8.44 m (27.7 ka). Ia turut mempunyai ukiran-ukiran pahlawan bogel menentang pahlawan-pahlawan Jermanik berjanggut dalam baju rantai.

Ia merupakan gerbang kemenangan kedua terbesar wujud.[3] Bahkan, saiz ia sangat besar sehingga suatu pesawat dapat diterbangkan melaluinya dengan selamat sepertimana dilakukan Charles Godefroy dengan pesawat bersayap kembar Nieuportnya menyambut penamat Perang Dunia Kedua tahun 1919 yang turut dapat dirakam dalam filem berita.[4] Gerbang ini merupakan binaan menonjol dalam deretan tugu dan jalan raya mewah pada laluan yang memanjang dari halaman dalam Istana Louvre jauh ke pinggiran Paris.[5]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Ukiran[sunting | sunting sumber]

  • Terdapat enam ukiran pada muka-muka binaan gerbang menandakan titik penting dalam zaman-zaman Revolusi dan Napoleon:

Makam Askar Tidak Dikenali (Tombe du Soldat inconnu)[sunting | sunting sumber]

Tapak Makam Askar Tidak Dikenali bawah gerbang

Suatu Makam Perajurit Tak Dikenali didirikan di bawah gerbang besar ini. Ia mempunyai suatu nyalaan api abadi pertama yang memperingati para askar terkorban yang tdak dapat dikenalpasti dalam Perang-Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ia didirikan pada ulang tahun pertama selepas gencatan senjata yang ditandatangani antara Perancis dan Jerman pada 11 November tahun 1918 yang menamatkan Perang Dunia Pertama tahun 1920; satu upacara peringatan diadakan di sana pada tarikh sama setiap tahun.

Dalam tapak ini terletaknya suatu keranda diletakkan di gereja kecil tingkat pertama gerbang pada 10 November 1920 sebelum dikebumikan pada 28 Januari 1921. Tapak ni mempunyai suatu prasasti bertulis:

ICI REPOSE UN SOLDAT FRANÇAIS MORT POUR LA PATRIE
1914–1918
("Di sini bersemadinya seorang askar Perancis yang berkorban untuk tanah air 1914–1918").

Ketercapaian[sunting | sunting sumber]

Gerbang ini boleh dimasuki melalui sebuah terowong. Ia juga boleh dilawati dengan menggunakan RER dan Métro di hentian Charles de Gaulle—Étoile.

Arc mempunyai satu lif, ke tingkat di bawah tingkat pemerhatian luar. Pengunjung boleh mendaki 284 anak tangga untuk menuju ke puncak Arc atau menaiki lif dan berjalan 46 langkah. [6] Dari puncak terdapat pemandangan yang indah kota Paris, ke arah dua belas jalan utama yang menuju ke Place de l'Étoile dan satu dari bulatan sangat sibuk di mana Arc berdiri.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raymond, Gino (30 October 2008). Historical dictionary of France. Scarecrow Press. m/s. 9. ISBN 978-0-8108-5095-8. Dicapai pada 28 July 2011.
  2. ^ Fleischmann, Hector (1914). An unknown son of Napoleon. John Lane company. m/s. 204. Dicapai pada 28 July 2011.
  3. ^ Korea Utara membina Gerbang Kemenangannya yang sedikit lebih besar pada 1982 untuk hari lahir ke-70 Kim Il-Sung.
  4. ^ Melville Wallace, La vie d'un pilote de chasse en 1914–1918, 1978. Klip filem ini dimasukkan dalam Four Years of Thunder The History Channel.
  5. ^ Hôtel des Invalides website
  6. ^ The elevator is mainly reserved for the handicapped or those unable to walk the stairs.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 48°52′26″N 2°17′42″E / 48.8738°N 2.2950°E / 48.8738; 2.2950{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman