Archie Mountbatten-Windsor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Archie Mountbatten-Windsor
Kelahiran (2019-05-06) 6 Mei 2019 (umur 1)
Hospital Portland, London, United Kingdom
KediamanKotej Frogmore, Windsor, Berkshire, UK
Warganegara
Ibu bapa
Saudara

Archie Harrison Mountbatten-Windsor (diputerakan 6 Mei 2019) ialah putera kepada Putera Harry, Duke Sussex, dan Meghan, Duchess Sussex. Seorang cicinda kepada Ratu Elizabeth II, baginda merupakan yang ketujuh dalam susur galur pewarisan takhta British.

Keputeraan dan kerabat[sunting | sunting sumber]

Archie Harrison Mountbatten-Windsor ialah putera kepada Duke dan Duchess Sussex. Baginda diputerakan pada 05:26 BST (04:26 UTC) pada 6 Mei 2019 di Hospital Portland di London.[1][2] Beberapa mercu tanda diterangi cahaya pelbagai warna untuk menandakan keputeraan, termasuk Air Terjun Niagara, Menara CN dan Mata London.[3][4][5] Namanya diumumkan pada 8 Mei 2019.[6] Baginda dibaptiskan memakai jubah pengkristianan dirja oleh Uskup Besar Canterbury pada 6 Julai 2019 di Gereja Kecil Peribadi Istana kota Windsor.[7]

Archie Mountbatten-Windsor ialah keturunan kerabat diraja British pada sebelah ayahandanya dan daripada kelas pekerja Amerika pada sebelah bondanya.[8] Baginda ialah rakyat bagi kedua-dua negara United Kingdom dan Amerika Syarikat.[9][10]

Gelaran dan pewarisan[sunting | sunting sumber]

Seorang cicinda Ratu Elizabeth II,[11] Archie Mountbatten-Windsor adalah yang ketujuh dalam susur galur pewarisan British.[8] Baginda juga pewaris sah kepada gelaran ayahandanya iaitu Duke Sussex, Earl Dumbarton, dan Baron Kilkeel.[11][12]

Disebabkan Duke Sussex bukan putera sulung Putera Wales,[13] puteranya bukan putera British dan tidak dikurniakan "Royal Highness".[11] Ibu bapanya mempunyai pilihan untuk menggunakan salah satu gelaran tambahan Putera Harry, seperti Earl Dumbarton, sebagai suatu gelaran kehormat, namun mereka memutuskan untuk menggayakan baginda Master Archie Mountbatten-Windsor,[14][15] menurut hasrat mereka agar baginda dibesarkan sebagai rakyat peribadi.[16][17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Royal baby: Meghan gives birth to boy, Harry announces". BBC News. 6 May 2019. Dicapai pada 6 May 2019.
  2. ^ Davies, Gareth (17 May 2019). "Duchess of Sussex gave birth at Portland Hospital in Westminster, royal baby's birth certificate confirms". The Daily Telegraph. Dicapai pada 17 May 2019.
  3. ^ Mowat, Justin (6 May 2019). "Niagara Falls will shine blue Monday to mark royal birth". CBC News. Dicapai pada 7 May 2019.
  4. ^ "CN Tower lit in purple to mark birth of royal baby". CBC News. 6 May 2019. Dicapai pada 7 May 2019.
  5. ^ "London Eye to turn red, white and blue for royal baby". BT. Press Association. 6 May 2019. Dicapai pada 7 May 2019.
  6. ^ "Royal baby: Duke and Duchess of Sussex name son Archie". BBC News. 8 May 2019. Dicapai pada 8 May 2019.
  7. ^ Dymond, Jonny (6 July 2019). "Harry and Meghan's baby Archie christened at Windsor". bbc.co.uk. Dicapai pada 6 July 2019.
  8. ^ a b Barry, Ellen; Karasz, Palko (6 May 2019). "Meghan, Duchess of Sussex, Gives Birth to a Boy". The New York Times. Dicapai pada 7 May 2019. ... he represents change for the oldest of houses. He is half American, descended on his mother’s side from a bellhop in a Cleveland hotel, a laundry worker in Chattanooga, and a bartender in an Atlanta saloon.
  9. ^ Alexander, Harriet (7 May 2019). "US tax authorities could stake a claim to Baby Sussex's inheritance". The Telegraph. Dicapai pada 8 May 2019.
  10. ^ "Royal baby: All you need to know about the birth of Harry and Meghan's child". BBC News. Dicapai pada 6 May 2019.
  11. ^ a b c "Royal baby: Meghan, Duchess of Sussex, gives birth to boy". The Guardian. 6 May 2019. Dicapai pada 7 May 2019.
  12. ^ Furness, Hannah; Southworth, Phoebe; Herbert, Samantha (6 May 2019). "Royal baby: Prince Harry says birth of son is 'the most amazing experience' as world waits for first sighting". The Telegraph. Dicapai pada 7 May 2019.
  13. ^ Spangler, Jonathan (6 May 2019). "The rise and fall of 'Royal Highness': a brief history of royal titles and what it means for Prince Harry's baby". History Extra. Dicapai pada 7 May 2019.
  14. ^ "Archie Harrison: The meaning behind the royal baby's name". BBC News. 8 May 2019. Dicapai pada 8 May 2019.
  15. ^ "Succession". The Royal Family. 17 March 2016. Dicapai pada 17 May 2019.
  16. ^ Barry, Ellen (8 May 2019). "Harry and Meghan Name Their Son: Archie Harrison Mountbatten-Windsor". The New York Times. Dicapai pada 11 May 2019.
  17. ^ "Archie Harrison Mountbatten-Windsor – what's in a name?". The Guardian. 8 May 2019. Dicapai pada 11 May 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Archie Mountbatten-Windsor
Tarikh keputeraan: 6 Mei 2019
Susunan penggantian
Didahului oleh
Duke Sussex
Pewarisan takhta British
ke-7 dalam susur galur
Diikuti oleh
Duke York

Templat:Prince Harry, Duke of Sussex Templat:Meghan, Duchess of Sussex