ArenaNet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ArenaNet merupakan pembangun permainan video dan anak syarikat NCsoft dan ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Mike O'Brien, Patrick Wyatt dan Jeff Strain dan terletak di Bellevue, Washington, Amerika Syarikat.[1] Syarikat ini terkemuka sebagai pembangun siri permainan berperanan atas talian Guild Wars dan Guild Wars 2. Pengasas Arenanet merupakan pekerja lepas dari syarikat Blizzard Entertainment yang mempunyai peranan besar dalam membangunkan permainan video Warcraft, Warcraft 2, StarCraft, Diablo, Diablo 2 dan rangkaian permainan Battle.net. Syarikat ini diperoleh NCsoft pada tahun 2002.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "About Us". ArenaNet.