Arf Testarossa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Arf Testarossa
Watak Magical Girl Lyrical Nanoha
Arf Testarossa.png
Kemunculan pertama

Nanoha Episode 4 +
Nanoha The MOVIE 1st
Disuarakan oleh

Natsuko Kuwatani (Japanese/Bahasa Jepun)
Lauren Landa (English/Bahasa Inggeris)
Profil
Home world / Dunia Asal

Garden of Time / Taman Waktu
Informasi
Magic system / sistem magis

Mid-Childa
Pelindung atau Familar kepada

Fate testarossa
Jenis Kuasa

Defender/Pertahanan

Arf @ (アルフ, Arufu?) ialah watak fiksyen dalam siri animasi Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Arf ialah seorang familiar @ haiwan penjaga dari Garden Of Time @ Taman Waktu, yang diutus ke dimensi Earth @ Bumi bersama sama dengan Masternya @ Tuannya, Fate testarossa untuk mengumpul Jewel Seed. Dalam melaksanakan tugasnya, Arf bertemu dengan saingannya yang bernama Yuno Scrya yang merupakan haiwan penjaga kepada Takamachi Nanoha. True form @ bentuk asalnya ialah seekor serigala. Seperti Yuno, Arf juga boleh menjelma dalam bentuk manusia berjantina perempuan. Pada musim kedua dan ketiga, Arf telah bekerjasama dengan Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau.

Arf di musim pertama[sunting | sunting sumber]

Arf muncul buat pertama kalinya dalam episod 4, di Bandar Uminari untuk mencari Jewel Seed. Kemudian, dia turut muncul dalam episod 5 dalam bentuk manusia. Dia pergi ke kolam air panas untuk membersihkan diri. Kebetulan juga, Nanoha dan rakan rakannya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura berada di situ dalam keadaan yang menyeronokkan. Arf menghubungi Nanoha melalui telepati dan memberi amaran keras bahawa dia melarang Nanoha daripada terus ikut campur dalam urusan pengumpulan Jewel Seed. Alisa tidak menyukai Arf dan menganggap Arf amat menjelikkan. Arf tinggal di apartment dengan Fate. Arf cuba menasihati Fate supaya jangan mematuhi arahan ibunya. Tetapi Fate tetap dengan pendiriannya.

Di awal kehidupannya, Arf sebenarnya hanya binatang belaan yang biasa. Arf tinggal di Gunung Mid Childa. Semasa kecil, Arf dijangkiti dengan suatu penyakit dan membuatkan kumpulannya menghalaunya pergi. Kemudian,Arf telah dijumpai oleh Fate yang tinggal bersama ibunya, Precia Testarossa. Fate merayu kepada Linith Testarossa supaya menyembuhkan Arf kembali dengan menyalurkan mana @ tenaga dalaman Fate kepada Arf. Hal ini menjadikan Arf sebagai familiar @ haiwan penjaga di mana termetrainya kontrak perjanjian antara Fate dan Arf.

Dalam siri akhir musim ini,Arf akhirnya bertindak gila terhadap Precia kerana tidak dapat menahan layanan Precia terhadap Fate. Arf akhirnya dikalahkan dan jatuh ke dimensi Bumi. Jasadnya ditemui oleh Alisa dalam bentuk serigala. Alisa meminati anjing, dan oleh sebab itu Alisa membawa Arf pulang ke rumahnya dan merawatnya. Apabila Nanoha melawat Alisa, Nanoha terkejut melihatkan Arf ada di situ. Arf berkomunikasi dengan Nanoha melalui telepati dan memberitahu bahawa Fate dalam bahaya. Arf juga memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Angkasa Bureau demi menyelamatkan Fate. Arf menyerbu Taman Waktu dan berusaha melawan musuh musuhnya yang merupakan robot Precia. Arf juga cuba menyelamatkan Fate daripada terjatuh dalam rekahan dimensi yang lain, dipercayai jalan untuk menuju ke Al Hazard. Tetapi, Arf tidak berjaya menyelamatkan Fate menyebabkan Nanoha mengambil tindakan drastik dan terus menyelamatkan Fate.

Arf di musim kedua[sunting | sunting sumber]

Dalam musim kedua, Fate dan Arf memberi kerjasama kepada Jabatan Angkasa Bureau, Dimensi Bumi dan bersatu dengan Nanoha. Arf lebih menyayangi dan mengambil berat mengenai Nanoha, berbanding dengan musim pertama. Misi terbaru mereka ialah menghalang Guardian Knight daripada mencuri Linker Core untuk Buku Kezaliman.

Arf dan Yuno

Arf telah diperbaharui jasadnya dengan tampak lebih comel, iaitu seekor anjing yang kecil. Dia sering menjadi perhatian bagi Alisa. Arf selalu menolong Yuno berlawan dengan Zafira yang merupakan Guardian Beast. Malah hubungan Arf dan Yuno semakin rapat dan baik. Arf turut menyertai Jabatan Angkasa Bureau dalam memerangi Buku Kezaliman. Semasa Fate terperangkap dalam Buku Kezaliman dan bermimpi mengenai kehidupannya, Arf juga wujud dalam mimpi tersebut dan memainkan peranannya sebagai anjing kecil kesayangan Fate dan Alecia.

Di akhir musim ini, iaitu selepas 6 tahun, Fate dan Arf dibesarkan oleh Lindy Harlaown. Arf memanggil Lindy sebagai ibu. Arf juga mengajar Zafira untuk menukar ke bentuk yang lebih comel dan kecil.

Arf di musim ketiga[sunting | sunting sumber]

Dalam musim ketiga iaitu Strikers, Arf telah berhenti bekerja daripada Jabatan Angkasa Bureau. Arf mengatakan Fate sudah cukup kuat untuk menjaga diri sendiri. Oleh kerana jasadnya telah diubah menjadi seekor anjing kecil, jasadnya sebagai manusia juga turut mengecil. Arf telah menolong Chrono Harlaown dan Amy Lamietta menjaga anak anak mereka. Kadangkala, Arf juga meluangkan masa bersama Erio dan Caro. Peranannya dalam musim ketiga lebih kecil berbanding musim pertama dan kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris