Pergi ke kandungan

Arfie Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arfie Shah
أرفي شاه
Kelahiran
Ad Wafri bin Shaharuddin

(1993-06-12) 12 Jun 1993 (umur 32)
WarganegaraMalaysia
Nama lainArfie Shah, Ad Wafri, Adwafri Shah
Pusat pendidikanInternational College of Music (ICOM) Malaysia
PekerjaanPelakon, model, pemuzik
Tahun aktif2018–kini
Kerjaya muzik
GenreRege
Alat muzikSaksofon
Syarikat rakamanART ROOM INC
Kegiatan berkaitanBudak Nakal Hujung Simpang

Ad Wafri Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Arfie Shah (lahir 12 Jun 1993) ialah seorang pelakon, model dan pemuzik lelaki Malaysia. Beliau mula menceburi bidang seni sebagai salah seorang anggota kumpulan rege iaitu Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS), beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan, seterusnya sebagai pelakon pembantu dan utama dalam pelbagai drama TV dan filem.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Arfie dilahirkan pada 12 Jun 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Beliau belajar bermain saksofon di International College of Music (ICOM).

Arfie memulakan karier lakonan sebagai pelakon tambahan di dalam sebuah filem suatu ketika dahulu. Selepas itu, beliau meminati dunia lakonan dan telah menghadiri pelbagai ujibakat. Arfie beliau mula berkecimpung dalam industri hiburan sebagai anggota kumpulan muzik rege Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS), sebelum menceburi bidang lakonan.

Beliau mula membuat penampilannya di kaca TV dan filem dengan membintangi beberapa buah drama TV dan filem seperti Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023), Pemburu Rahsia (2023), Nuh & Nayla (2024), X-Change (2024) dan Klepet (2025).

Arfie membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Impak Maksima 2 (2025) dimana beliau memegang watak utama iaitu Rudy.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Labu (2021)
  • Sadar (2022)
  • Darsana (2023)
  • Nakalnya Raya (2024)
  • LIPAT Ost. Klepet (2025)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2025 Telaga Suriram Jabet (remaja) Filem pertama
Impak Maksima 2 Rudy
Legasi: Bomba the Movie
Klepet Arfie
TBA Wantugo Luqman Penampilan khas, Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Kamarul TV3 Drama pertama
Pemburu Rahsia Qayyum
2024 Nuh & Nayla Luth
X-Change: The Bonds Of Blood Khalif Astro Premier
2025 Keluarga Itu Zaidi TV3
Si Bakhil Dengan Bunganya Uwais Astro Ria
Hilang Kasyorga Ram DEGUP
Setia Itu Mahal Tengku Faizal TV3
Generasi: Perfect 10 Aiman Astro Citra
TBA Kudrat 1968

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Hantu Karipap Farhan Astro Citra Telefilem pertama

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2023 Cik Lang Swe Bos Popo Tonton Drama web pertama
2024 Di Hatiku Ada Kamu Faisal Viu
2025 Lambaian Huda Bukhari

Anugerah dan percalonan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]