Argon fluorohidrida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Argon fluorohidrida
Argon fluorohidrida
Nama
Nama lain
Argon hidrofluorida
Pengenalpasti
163731-16-6
ChemSpider 15863741 Yes check.svgY
Imej Jmol-3D Imej
Sifat
HArF
Jisim molar 59.954 g/mol
Rupa bentuk Tidak diketahui
Ketumpatan Tidak diketahui
Takat lebur −256°C (mereput)
Tidak diketahui
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Yes check.svgY pengesahan (apa yang perluYes check.svgY/X mark.svgN?)
Rujukan kotak info

Argon fluorohidrida (HArF) ialah satu-satunya sebatian neutral bagi unsur kimia argon.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan bagi penemuan sebatian argon pertama ini diberikan kepada sekumpulan ahli sains Finland yang diketuai oleh Markku Räsänen. Pada 24 Ogos 2000, mereka mengumumkan penemuan argon fluorohidrida mereka di dalam jurnal Nature.[1]

Sintesis[sunting | sunting sumber]

Sebatian ini telah dihasilkan dengan mencampurkan argon dan hidrogen fluorida di atas permukaan sesium iodida pada suhu 8 K (-265 °C). Campuran ini kemudiannya didedahkan kepada sinaran ultraungu. Ini menyebabkan gas-gas ini bergabung.

Spektrum inframerah campuran gas ini menunjukkan yang ia memang mempunyai ikatan kimia, walaupun ia sangat lemah. Oleh itu, sebatian ini adalah argon fluorohidrida dan bukannya sejenis supermolekul atau campuran argon dan hidrogen fluorida. Ikatan kimianya stabil hanya apabila bahan ini dikekalkan dalam suhu di bawah 17 K (-256 °C). Apabila ia dipanaskan, ia mereput dan membentuk argon dan hidrogen fluorida.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khriachtchev, Leonid (24 August 2000). "A stable argon compound". Nature. 406 (6798): 874–876. doi:10.1038/35022551. PMID 10972285.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Emsley, John (2001). Nature's Building Blocks: An A–Z Guide to the Elements. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-850341-5.