Ari Lasso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ari Lasso
Ari Lasso mengadakan persembahan pada 2016.
Kelahiran
Ari Bernardus Lasso

(1973-01-17) 17 Januari 1973 (umur 51)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
Tahun aktif1991 - kini
Kerjaya muzik
Syarikat rakaman
Aquarius Musikindo
Pengkarya berkait
Dewa 19, Melly Goeslaw, Bunga Citra Lestari
Laman web rasmihttp://www.a-lass.com

Ari Bernardus Lasso (lahir 17 Januari 1973) merupakan seorang penyanyi lelaki Indonesia. Beliau ialah bekas penyanyi utama kumpulan Dewa 19, pimpinan Ahmad Dhani, sebelum menjadi penyanyi solo. Penglibatannya dengan dadah membuat Ahmad Dhani dan anggota Dewa lainnya mengambil tindakan tegas, sehingga menyebabkan perpecahan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ari Lasso berusaha keluar dari pengaruh dadah dan membersihkan dirinya. Setelah berjaya, beliau memulakan kerjaya solonya, yang kemudian berjaya membangkitkan kembali nama dalam industri hiburan di Indonesia. Anak dari pasangan Bartholomeus B. Lasso dan Sri Noerhida ini kemudian menerbikan album Sendiri Dulu (2001), menyusul kemudian Keseimbangan (2003), Kulihat Kudengar dan Kurasakan (2003).

ketika remaja, Ari lasso bersekolah di SMA 2 Surabaya. Ari Lasso bersama kawannya Juniarso yang menjadi pemain dram pertama Dewa dan Piyu yang kemudiannya menjadi pemain gitar kumpulan PADI, membentuk sebuah kumpulan bernama Outsider Band. Sejak pertemuannya dengan kakitangan Down Beat yang terdiri daripada Dhani, Erwin dan Andra, ia merasa serasi sehinggakan mula bermain muzok bareng. Pertemuan mereka kemudian membawa kepada pembentukan kumpulan Dewa 19. Dan melalui perjuangan panjang, akhirnya Dewa 19 berhasil masuk ke bidang rakaman.

Album debut Dewa 19, 'Kangen', kemudian berhasil menjadi album terlaris versi BASF (1993).Saban hari semakin membuatkan Dewa 19 semakin popular, sehingga nama Ari Lasso pun semakin dikenali. Setiap album Dewa 19 yang dikeluarkan selalu menraih kejayaan.

Tetapi nampaknya Ari Lasso belum siap menjadi penyanyi terkenal sehingga terjerumus dalam dadah. Penglibatannya dengan dadah sejak album ketiga akhirnya tidak lagi dipandang remeh oleh Dhani dan ahli Dewa 19 lainnya. Ari Lasso menghambat pembuatan album kelima band tersebut. Kemuncaknya membawa kepada perpecahan Erwn, Wong Aksan dan akhirnya Ari dari Dewa 19.

Ari Lasso yang telah sedar tabiatnya menagih dadah merugikannya sehingga berusaha meninggalkannya. Biarpun berhasil namun, sudah patah arang dengan Dewa 19 sehingga memutuskan berkarier solo.

Album solo perdananya yang dibuat Ari Lasso dengan bantuan kawan-kawannya Bebi Romeo, Erwin Dewa, Andra, Bimo, Bongky, Anto Hoed, Denny Chasmala, Andi Rianto dan lain-lainnya iaitu 'Sendiri Lagi' ternyata berhasil meletup di pasaran pada 2001. Ari Lasso mampu membuktikan dirinya wujud dalam industri muzik tanpa Dewa 19.

Sejak itu, Ari Lasso pun sibuk memenuhi pelbagai tempahan pertunjukan di merata-rata tempat dan stesen televisyen. Tidak hanya itu, ia pun membuat klip video pertama kalinya untuk lagunya yang bertajuk 'Misteri Ilahi', lagu yang menceritakan pengalamannya pada masa lalu termasuk saat ketagihan dadah.

Kini, Ari Lasso sebagai penyanyi telah makin matang dan lebih berhati-hati melangkah dalam meniti kerjayanya dalam industri muzik. Tidak hanya itu, hubungannya dengan Dhani yang tegang kembali rapat. Malah Dhani rela menyumbangkan dua lagunya 'Rahasia Perempuan' dan 'Jika Aku Bukanlah Aku' ke dalam album solo kedua Ari Lasso yang bertajuk 'Keseimbangan', hasil daripada respon baik dari peminat muzik Indonesia.

Pada 2016, Ari Lasso menjadi salah seorang panel juri The Voice Indonesia musim kedua.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Apabila tidak sibuk dengan bidang muzik, Ari Lasso cuba untuk mengambil bahagian dalam kehidupan anak-anaknya, membantu dengan kerja rumah mereka dan menghadiri persembahan sekolah. Ari Lasso telah menyatakan bahawa The Five People You Meet in Heaven karya Mitch Albom telah mempengaruhi gaya keibubapaan dan kepercayaan yang menarik minat ibu bapa dalam kehidupan anak-anak mereka boleh menjadi pengaruh yang besar.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Bersama Dewa 19
Solo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
  1. ^ "The Voice Indonesia RCTI: Agnes Monica, Judika, Ari Lasso dan Kaka Slank Jadi Juri". Tabloid Bintang. 18 January 2016. Dicapai pada 13 March 2016.
  2. ^ Loka 2011, Ari Lasso:.
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]