Ariff Farhan Isa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Ariff Farhan
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Ariff Farhan Mohd Isa
Tarikh lahir (1996-07-14) 14 Julai 1996 (umur 21)
Tempat lahir Pokok Sena, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6+18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Kedah FA
Kerjaya remaja
2011–2012 Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2016– Kedah FA
Pasukan kebangsaan
2012– Malaysia B-21 2 (0)
2013– Malaysia B-23 3 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19.9.14.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 Julai 2014

Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa (lahir 14 Jun 1996 di Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk Kedah FA dalam Liga Super Malaysia. Pemain ini pernah mewakili Harimau Muda A untuk bermain di Liga S. Pada bulan Oktober 2012, dia menjadi pemain termuda beraksi dalam Liga S ketika berumur 16 tahun mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang bekas bintang Young Lions, Hariss Harun.[1]

Karier[sunting | sunting sumber]

Mohd Ariff Farhan belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berumur 13 tahun. Kemudiannya, dia dipilih ke dalam pasukan bola sepak SSBJ untuk pertandingan Piala Presiden Malaysia.

Dia dipilih oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke dalam skuad Malaysia bawah-22 untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia merupakan pemain termuda dalam pertandingan itu ketika baru berusia 16 tahun.[2][3][4]

Selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam pertandingan itu, dia dimasukkan ke dalam skuad Harimau Muda A untuk beraksi dalam Liga S.[5] Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Balestier Khalsa pada 7 Oktober 2012 menjadikannya pemain termuda untuk beraksi dalam Liga S,[1] dan bermain dalam kesebelasan utama pada 2 November dimana Tampines Rovers menewaskan Harimau Muda A untuk mengesahkan kejuaraan Liga S mereka.[6]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mohd Ariff Farhan membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan Malaysia bawah-22 dalam Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013 dan Piala SCTV 2012.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]