Aril Pilus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aril (penyanyi))
Aril Pilus
Kelahiran
Khairil Azam bin Pilus

(1985-11-15) 15 November 1985 (umur 38)
Saudara
  • Izwan Pilus
  • Khairil Muhammad Pilus
  • Khalsom Noraini Pilus
  • Khalsom Adriana Pilus
Kerjaya muzik
GenrePop, R&R
PekerjaanPenyanyi, pelakon pengacara
Tahun aktif2009–kini

Khairil Azam bin Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril Pilus dilahirkan pada (1985-11-15)15 November 1985. Beliau merupakan adik kepada penyanyi popular Allahyarham Izwan Pilus. Beliau merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7).

Pada malam konsert akhir AF7, beliau menyampaikan sebuah lagu nyanyian asal kumpulan Indonesia, Padi yang berjudul Kasih Tak Sampai. Pada pusingan kedua, beliau menyampaikan sebuah single baru berjudul Toksik. Beliau yang mendapat 22% undian,menduduki naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-7. Sejurus kemudian, beliau dan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 7, Akim ke Jakarta, Indonesia beberapa hari selepas Konsert Akhir AF7 melabuhkan tirainya kerana terlibat dalam penggambaran sebuah drama muzikal bersiri, Kau Dan Aku yang turut dibintangi oleh Juara Akademi Fantasia 5, Mila. Pada penghujung tahun 2009, beliau dipilih sebagai duta produk BRANDS bersama bintang AF7 seperti Akim, Hafiz serta Black Mentor 3 dan Choo Hoo Ren. Pada masa yang sama, namanya melonjak menerusi lagu Menatap Matamu yang dikatakan mencecah ratusan ribu penonton klip video melalui laman Youtube.

Pada awal 2010, beliau dipilih sebagai pengacara rancangan hiburan sensasi Astro Ria, Trek Selebriti. Pada tahun yang sama, beliau juga muncul dengan single baru, Biar Begini. Pada penghujung 2010, beliau sekali lagi terlibat dalam drama muzikal bersiri, Kau Dan Aku Musim 2.

Program Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Kisah Di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Aril atau Ajam the Gambler (Hardstyle Republic) ini pernah tersingkir sewaktu di konsert ke 7 AF7.Penyingkirannya cukup mengejutkan kerana pada malam konsert tersebut, beliau yang menyampaikan lagu Nakal dari kumpulan Gigi, dikatakan sebagai persembahan terbaik. Namun begitu, nasib menyebelahinya apabila diserap semula ke AF7 di atas undian terbanyak melaui AF Masuk dengan undian sebanyak 55.4%.

Tagline[sunting | sunting sumber]

Beliau juga merupakan pelajar kegemaran AF7 dengan menggunakan tag-linenya "Terbaik Wokkkkkk!!!". Beliau juga merupakan penyanyi, pelakon, duta produk dan pengacara.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Singles[sunting | sunting sumber]

  1. Toksik (2009)
  2. Lelaki Pujaan-bersama Mila OST Kau Dan Aku (2009)
  3. Kisah Kita Berdua-bersama Akim & Mila OST Kau Dan Aku (2009)
  4. Menatap Matamu OST Kau Dan Aku (2009)
  5. Kita Pasti Menang-bersama Akim OST Kau Dan Aku (2009)
  6. Juara-bersama 5 Ikon Remaja (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
  7. Biar Begini (2010)
  8. Hanya Kerana Cinta-bersama Tini, Anne, Ayu & Hafiz Hangatnya Raya (2010)
  9. Salam Lebaran-bersama Various Artists (2010)
  10. Kau Ku Temu-bersama Akim, Anith Aqilah & Hafiz OST Kau Dan Aku 2 (2010)
  11. Untukmu-bersama Hafiz & Akim OST Kau Dan Aku 2 (2010)
  12. Warkah-bersama Akim, Hafiz & Aznil Nawawi (2011)
  13. Anugerah Terindah OST Masihkah Ada Ramadhan (episod 1-4) (2012)
  14. Ganjil (2013)
  15. Tulus-bersama Terry OST Dia Suamiku (2013)
  16. Bangkit (2015)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Kau & Aku Dirinya sendiri Astro Ria Drama pertama
2010 Kau & Aku 2
2018 Ammar & Opie Malik TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Di Mana Joe Jambul Pengacara TV1
2016-2021 CCTV Astro Ria bersama Alif Farhan
2016 Taste Selebriti Dirinya sendiri Astro Bella
2017 Air Tangan Bonda Dirinya sendiri Astro Prima sebagai tetamu jemputan bersama ibu beliau.
2019 Istimewa Lejen Pengacara TV1
2022 Karpet Merah Festival Filem Malaysia ke-32 FINAS Malaysia bersama Nana Mahazan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]