Ariz Lufias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ariz Lufias
Kelahiran
Saiful Ridzuan bin Abdul Hamid

(1980-06-10) 10 Jun 1980 (umur 43)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Studios
Pengkarya berkait
Forteen

Saiful Ridzuan bin Abdul Hamid (lahir 10 Jun 1980) atau lebih dikenali sebagai Ariz Lufias (Jawi: اريز لوفياس) ialah salah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia, terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan Forteen.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ariz mengunakan nama Lufias itu sendiri dari Saiful dan kemudian diterbalikkan menjadi Lufias. Nama ini sering digunakan sewaktu bermain video games. Lahir pada tanggal 10 Jun 1980, dan berasal dari Malim Jaya, Melaka. Ariz memiliki rupa paras yang sangat menawan, tampan dan kacak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat nyanyiannya mula dicungkil oleh KRU melalui laman Youtube. Suara beliau yang memukau dah membuatkan beliau diambil menjadi salah seorang ahli kumpulan forteen. Beliau adalah yang pertama ditemui oleh KRU dalam membentuk sebuah kumpulan yang kini dikenali sebagai Forteen . Dengan wajah yang menarik ditambah dengan suara yang mempesonakan figura seorang Ariz Lufias mudah untuk dikenali. Dia juga dikategorikan sebagai seorang yang mudah mesra dan peminat begitu senang dengan dirinya. sentiasa tersenyum manis membuatkan ramai peminat wanita menyukai dirinya. Memakai nama @lufias89 di twitter. pengikut nya kini mencecah 32 000 follower. Platform Ariz dikenali ialah melalui YouTube dan disitu beliau selalu memuat naik lagu yang dinyanyikan semula oleh Ariz daripada lagu melayu hingga ke lagu Inggeris.

Ariz telah berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila pada tahun 2016, beliau telah membintangi dua drama iaitu Tak Beli Tak Cinta memegang watak utama [1] manakala drama Sein Dan Luna sebagai watak pembantu. [2] Beliau juga pernah berlakon dalam teater Ombak Rindu pada tahun yang sama. Ariz juga sangat berbakat dalam membuat kek. Kesemua hasil tangannya itu sangat cantik dan menarik.

Kini beliau sedang menjalankan perniagaan sabun insta bright miliknya dan keluarga. Sabun tersebut mendapat sambutan yang sangat baik kerana sangat berkesan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Minah Moto Wan Razman Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Tak Beli Tak Cinta Muhammad Isma TV3 Drama pertama
Sein Dan Luna [3] Aziz
2017 Mencintaimu Mr. Photographer Nazrul Elyas Astro Ria
2018 Pencuri Cinta Kelas Satu Zulfa Astro Oasis
Bukan Cerita Cinta Kita Muammar Thaqif Astro Ria Drama Khas Hari Raya

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2016 Ombak Rindu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]