Pergi ke kandungan

Arluna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arluna adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Emi Suffian dibintangi oleh Anzalna Nasir dan Saharul Ridzwan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 8 Mei 2017 bagi menggantikan Papa Ricky.

Arluna
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Arluna
karya Rin Ahmad
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cemburu" oleh Nabila Razali
Lagu penutup"Cemburu" oleh Nabila Razali
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Siaran asal8 Mei 2017 – 29 Mei 2017
Kronologi
MengikutiPapa Ricky
Diikuti olehSemusim Rindu

Siri ini diadaptasi dari novel Arluna karya Rin Ahmad terbitan Kaki Novel Publication.

Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Adeline Tsen sebagai Fazleen
  • Puteri Najuwa sebagai Hanna
  • Zoey Rahman sebagai Raziq
  • Atilia Haron sebagai Azimah
  • Susan Manen sebagai Datin Azah
  • Aman Nassim sebagai Faizal
  • Bade Arell sebagai Haqeem
  • Julieana Anna sebagai Nancy
  • Fara Syuhada Azmira sebagai Zizie
  • Nikki sebagai Monica