Armada Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Armada Besar
The fleet from within. Being the impressions of a R. N. V. R. officer (1919) (14582307917).jpg
Armada Besar di Muara Forth
Aktif 1914–1919
Negara  United Kingdom
Cawangan Naval Ensign of the United Kingdom.svg Royal Navy
Jenis Armada
Keanggotaan ~160 kapal
Perang/pertempuran Pertempuran Jutland
Komander
Panglima Armada Besar
1914–1916
Sir John Jellicoe
Panglima Armada Besar
1916–1919
Sir David Beatty


Armada Besar (Grand Fleet) adalah armada utama Royal Navy (Tentera Laut Diraja British) semasa Perang Dunia I.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Skuadron Tempur Ke-2 Armada Besar pada tahun 1914. Dari kiri ke kanan adalah kapal: King George V, Thunderer, Monarch and Conqueror.
Armada Besar berlayar dalam barisan selari semasa Perang Dunia I

Ditubuhkan pada Ogos 1914 daripada Armada Pertama dan elemen-elemen Armada Kedua dari Armada Tanahair (Home Fleet), Armada Besar merangkumi 25–35 buah kapal utama yang terbaru. Ia pada mulanya diperintah oleh Laksamana Sir John Jellicoe.[1] Beliau telah digantikan oleh Laksamana Sir David Beatty pada Disember 1916.[2]

Armada Besar mula-mula berpangkalan di Scapa Flow, Pulau Orkney dan kemudian di Rosyth, Muara Forth. Ia mengambil bahagian dalam peperangan terbesar armada – iaitu Pertempuran Jutland – pada Jun 1916.[1]

Pada April 1919 Armada Besar telah dibubarkan dan kebanyakan kekuatannya membentuk Armada Atlantik yang baharu.[3]

Senarai tempur[sunting | sunting sumber]

Tidak semua Armada Besar boleh didapati di laut pada satu-satu masa, kerana kapal memerlukan penyelenggaraan dan pembaikian. Semasa Pertempuran Jutland pada Mei 1916, ia mempunyai 32 buah kapal dreadnought dan super-dreadnought. Hanya 28 daripadanya berada dalam Senarai tempur di Jutland.

Senarai tempur Armada Besar pada pengakhiran Perang Dunia I tampil dalam Arahan Tentera Laut 24 Oktober 1918.[4]

Kekuatan sebenar armada berubah-ubah sepanjang peperangan sambil kapal baru dibina dan yang lain tenggelam, tetapi jumlah kapal tempur semakin meningkat sewaktu perang berkembang dan margin superioriti ke atas armada Jerman juga bertambah. Selepas United States memasuki peperangan, Divisyen 9 Kapal Tempur Amerika telah diserapkan ke Armada Besar sebagai Skuadron Tempur Ke-6, menambah 4, dan kemudian 5, kapal tempur dreadnought.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Heathcote, p. 130
  2. ^ Heathcote, p. 25
  3. ^ Heathcote, p. 26
  4. ^ "The Pink List: Position and Movement of H.M. Ships, 11th November 1918 8 a.m." The Admiralty. Dicapai 13 February 2015 – melalui naval-history.net. 
  5. ^ Jones, p. 25

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Heathcote, T. A. (2002). British Admirals of the Fleet 1734–1995: A Biographical Dictionary. Barnsley, South Yorkshire: Leo Cooper. ISBN 0-85052-835-6. 
  • Jones, Jerry (1998). U.S. Battleship Operations in World War I. Naval Institute Press. ISBN 978-1557504111. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Admiralty Department Templat:Royal Navy fleets