Armada Laut Lepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Armada Laut Lepas
Hochseeflotte 2.jpg
Kapal-kapal Dreadnought Armada Laut Lepas
Aktif 1907–1918
Negara  Empayar Jerman
Cawangan Bendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Jenis Armada
Keanggotaan ~100 buah kapal
Perang/pertempuran Pertempuran Jutland
Komander
Komander
ternama
Putera Heinrich
Henning von Holtzendorff
Friedrich von Ingenohl
Hugo von Pohl
Reinhard Scheer
Franz von Hipper
Ludwig von Reuter


Armada Laut Lepas (Hochseeflotte) adalah armada tempur Tentera Laut Imperial Jerman dan terlibat dalam Perang Dunia I. Formasi ini telah diwujudkan pada Februari 1907, apabila Armada Tanahair (Heimatflotte) dinamakan semula sebagai Armada Laut Lepas. Laksamana Alfred von Tirpitz adalah arkitek armada ini; beliau membayangkan sebuah pasukan yang cukup kuat untuk menandingi penguasaan Tentera Laut Diraja. Kaiser Wilhelm II, iaitu Maharaja Jerman, memperjuangkan armada ini sebagai instrumen untuk baginda merampas pemilikan luar negara dan menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa dunia. Dengan menumpukan armada tempur yang kuat di Laut Utara sambil Tentera Laut Diraja dikehendaki mengerahkan angkatannya di sekeliling Empayar British, Tirpitz percaya Jerman dapat mencapai keseimbangan kuasa yang mampu merosakkan penguasaan laut British secara serius. Ini merupakan pusat "Teori Risiko" Tirpitz, yang menyatakan bahawa Britain tidak akan mencabar Jerman jika armada mereka menimbulkan ancaman yang signifikan kepada dirinya sendiri.

Komponen utama armada ini ialah kapal tempurnya, secara tipikal disusun dalam 8 skuadron kapal, walaupun ia juga mengandungi beberapa formasi lain, termasuk Kumpulan Peninjau I. Di masa penubuhannya pada tahun 1907, Armada Laut Lepas terdiri daripada 2 skuadron kapal tempur, dan menjelang tahun 1914, skuadron ketiga telah ditambah. Revolusi dreadnought pada tahun 1906 sangat mempengaruhi komposisi amada; 24 buah kapal pre-dreadnought dalam armada ini telah menjadi lapuk dan memerlukan penggantian. Dua skuadron penuh kapal dreadnought telah lengkap di permulaan perang pada pertengahan tahun 1914; 8 kapal pre-dreadnought paling moden telah digunakan untuk membentuk skuadron ketiga. Dua skuadron tambahan kapal-kapal lama telah dikerahkan pada permulaan perang, namun pada akhir konflik, formasi ini telah dibubarkan.

Armada ini melakukan beberapa siri serangan di Laut Utara semasa perang yang mana ia merancang untuk menarik keluar satu bahagian terpencil Armada Besar British yang lebih kuat. Operasi-operasi ini kerap menggunakan kruiser tempur laju dari Kumpulan Peninjau I untuk menyerang pantai British sebagai umpan bagi Royal Navy. Operasi ini memuncak dalam Pertempuran Jutland, pada 31 Mei–1 Jun 1916, dimana Armada Laut Lepas berhadapan dengan keseluruhan Armada Besar. Pertempuran itu tidak membawa sebarang keputusan, tetapi pihak British memenanginya secara strategik, seperti yang menyakinkan Laksamana Reinhard Scheer, iaitu panglima armada Jerman, bahawa hasil yang sangat baik bagi tindakan armada tidak akan menjamin kemenangan Jerman dalam peperangan. Scheer dan laksamana utama yang lain menasihatkan Kaiser untuk mengembalikan semula kempen peperangan kapal selam tanpa had. Tanggungjawab utama Armada Laut Lepas dalam tahun 1917 dan 1918 ialah untuk menjamin pangkalan tentera laut Jerman di Laut Utara bagi operasi-operasi U-boot. Namun demikian, pihak armada terus melakukan serangan kedalam Laut Utara dan unit-unit dipisahkan untuk operasi khas di Laut Baltik menentang Armada Baltik Rusia. Ekoran kekalahan Jerman pada November 1918, pihak Berikat menahan sebahagian besar Armada Laut Lepas di Scapa Flow, dimana ia akhirnya dilubangtenggelamkan oleh anak-anak kapalnya pada Jun 1919, beberapa hari sebelum pihak-pihak yang berperang menandatangani Persetiaan Versailles.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Beesly, Patrick (1984). Room 40: British Naval Intelligence, 1914–1918. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-281468-0. 
  • Bennett, Geoffrey (2006). The Battle of Jutland. London: Pen and Sword Military Classics. ISBN 1-84415-300-2. 
  • Campbell, John (1998). Jutland: An Analysis of the Fighting. London: Conway Maritime Press. ISBN 1-55821-759-2. 
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger, para penyunting (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-913-8. 
  • Gardiner, Robert; Gray, Randal, para penyunting (1984). Conway's All the World's Fighting Ships: 1906–1922. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-907-3. 
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-790-9. 
  • Halpern, Paul G. (1995). A Naval History of World War I. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-352-4. 
  • Herwig, Holger (1980). "Luxury" Fleet: The Imperial German Navy 1888–1918. Amherst: Humanity Books. ISBN 978-1-57392-286-9. 
  • Heyman, Neil M. (1997). World War I. Westport: Greenwood Publishing Group. ISBN 0-313-29880-7. 
  • Lambert, Nicholas (2012). Planning Armageddon. Cambridge: Harvard University Press. ISBN 978-0-67406-149-1. 
  • Massie, Robert K. (2003). Castles of Steel. New York City: Ballantine Books. ISBN 978-0-345-40878-5. 
  • "New Apparatus for Coaling Warships". Industrial Magazine. Collingwood: The Browning Press. 6 (1): 65–66. 1907. 
  • Padfield, Peter (2005). The Great Naval Race: Anglo-German Naval Rivalry 1900–1914. Edinburg: Birlinn. ISBN 978-1-84341-013-3. 
  • Sondhaus, Lawrence (2001). Naval Warfare, 1815–1914. London: Routledge. ISBN 978-0-415-21478-0. 
  • Staff, Gary (2006). German Battlecruisers: 1914–1918. Oxford: Osprey Books. ISBN 1-84603-009-9. 
  • Staff, Gary (2010). German Battleships: 1914–1918 (Volume 1). Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-84603-467-1. 
  • Staff, Gary (2010). German Battleships: 1914–1918 (Volume 2). Oxford: Osprey Books. ISBN 978-1-84603-468-8. 
  • Sweetman, Jack (1997). The Great Admirals: Command at Sea, 1587–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-229-1. 
  • Tarrant, V. E. (1995). Jutland: The German Perspective. London: Cassell Military Paperbacks. ISBN 0-304-35848-7. 
  • van der Vat, Dan (1986). The Grand Scuttle. Worcester: Billing & Sons Ltd. ISBN 0-86228-099-0. 
  • Woodward, David (1973). The Collapse of Power: Mutiny in the High Seas Fleet. London: Arthur Barker Ltd. ISBN 0-213-16431-0. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Templat:Armada Laut Lepas