Arman Azha Abu Hanifah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
YB Senator Dato'

Arman Azha Abu Hanifah

DIMP (Pahang)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Memegang jawatan
26 Oktober 2021
Butiran peribadi
LahirArman Azha bin Abu Hanifah
(1975-12-12) 12 Disember 1975 (umur 46)
Ipoh, Perak
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Azlina Abdullah
Anak-anak2
PekerjaanAhli politik, ahli perniagaan

Senator Dato' Arman Azha Abu Hanifah ialah seorang ahli politik di Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia pada 26 Oktober 2021[1]. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO[2] dan Ketua UMNO Bahagian Subang[3].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau memperoleh Sarjana Sains Politik dari Kolej Universiti Geomatika, Kuala Lumpur pada 2017[4]. Beliau seorang yang aktif dalam sukan terutama berbasikal, berlari dan berenang. Beliau pernah berkayuh basikal dari Kuala Lumpur ke Langkawi sejauh lebih 500km pada tahun 2020 sempena Festival Rapha 500.

Politik dan aktivisme[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam UMNO, antaranya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 2013 hingga 2018. Beliau juga merupakan ketua pertama sayap belia (Ketua Wira) bagi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, yng berkhidmat pada 2009–2010.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau juga seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam industri teknologi keselamatan siber dan merupakan pengarah bagi Asia Coding Centre Sdn Bhd[1].

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Arman pernah disahkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021.[3]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2015)[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bernama (26 Oktober 2021). "Umno Supreme Council member Arman Azha sworn in as senator". Malay Mail. Dicapai pada 27 Oktober 2021.
  2. ^ Shakira Buang (8 Julai 2021). "Ismail Sabri sudah dapat restu Zahid, kata Armand". Malaysiakini. Dicapai pada 27 Oktober 2021.
  3. ^ a b Ketua UMNO Bahagian Subang positif Covid-19
  4. ^ Rahimy Rahim, Tarrence Tan dan Martin Carvalho (26 Oktober 2021). "Umno supreme council member Arman Azha sworn in as senator". The Star. Dicapai pada 27 Oktober 2021.
  5. ^ Semakan penerima darjah kebesaran