Army Men: Air Attack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Army Men: Air Attack
Kulit depan versi Amerika Utara untuk konsol PlayStation
Pembangun3DO
Penerbit3DO
PlatformPlayStation Nintendo 64 Game Boy Color Windows
PelepasanPlayStation
    Nintendo 64
      Game Boy Color
          Windows
            GenrePermainan video bertembak
            ModSeorang atau beberapa pemain

            Army Men: Air Attack (dikeluarkan dengan judul Army Men: Air Combat untuk konsol Nintendo 64 dan Game Boy Color) merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pembangun permainan video, 3DO[1]. Ia merupakan judul kelima dalam siri permainan video Army Men di bawah keluaran 3DO. Permainan video ini juga dikeluarkan untuk konsol PlayStation, Windows dan Nintendo 64[2].

            Permainan video ini tertumpu kepada watak utama iaitu Kapten William Blade yang memimpin pasukan tentera Green yang menentang musuh utamanya iaitu pasukan Tan dalam dunia plastik.


            Bentuk permainan[sunting | sunting sumber]

            Tidak seperti judul permainan video lain dalam siri Army Men yang memerlukan pemain mengawal watak-watak, permainan video ini memerlukan pemain mengawal dan menggunakan helikopter sepanjang permainan sehingga selesai plot cerita utama. Ia menawarkan sehingga 4 jenis helikopter iaitu Huey, Chinook, Super Stallion dan Apache, namun begitu pemain akan memulakan permainan dengan hanya 1 helikopter sahaja yang boleh dipilih[3]. Apabila pemain berjaya menghabiskan beberapa peringkat permainan, secara automatik helikopter-helikopter ini boleh dipilih untuk meneruskan permainan.

            Dalam permainan video ini, pemain diberi pilihan untuk memilih juruterbang bersama yang terdiri daripada 3 jenis watak berlainan; Hardcore yang memiliki watak suka menggunakan roket, Rawhide juga menggunakan roket dan Woodstock yang menggunakan mesingan. Semasa permainan berlangsung, ianya akan memaparkan peta bagi memudahkan pemain menjejaki kuasa, watak-watak yang perlu diselamatkan mengikut misi yang telah diberi dan peta sekitar permainan. Helikopter pemain juga telah dilengkapkan dengan mesingan yang boleh digunakan untuk menembak musuh[3].


            Rujukan[sunting | sunting sumber]

            1. ^ Jeff Gerstmann (27 Oktober 1999). "Army Men: Air Attack Review". GameSpot. Dicapai pada 2 November 2015.
            2. ^ "Army Men: Air Attack (PlayStation)". Moby Games. Dicapai pada 2 November 2015.
            3. ^ a b "Army Men: Air Attack". GameFAQs. Dicapai pada 2 November 2015.