Pergi ke kandungan

Aron Ralston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aron Ralston
Aron Ralston standing in the snow on the top of Capitol Peak
Ralston on Capitol Peak in February 2003
Kelahiran
Aron Lee Ralston

(1975-10-27) 27 Oktober 1975 (umur 49)
Pusat pendidikanCarnegie Mellon University (BA)
Pekerjaan
Terkenal keranaSurviving a canyoneering accident by cutting off part of his own right arm
Karya
Between a Rock and a Hard Place
PasanganJessica Trusty (k. 2009; divorce 2012)
Rakan kongsi domestikVita Shannon (2012–2013)
Anak-anak2
  1. ^ Ohio Birth Index, 1908-2011

Aron Lee Ralston (lahir 27 Oktober 1975) ialah seorang pendaki gunung, jurutera mekanikal dan orator motivasi asal Amerika Syarikat. Dia terkenal selamat dalam kemalangan ngarai dengan memotong bahagian lengan kanannya sendiri.

Pada 26 April 2003, semasa menuruni ngarai bernama Bluejohn Canyon di bahagian tenggara Utah, tubuhnya sempat campak dan tangannya tidak boleh dikeluarkan dari batu besar yang sempit. Selepas semua cara yang diperbuat gagal untuk melepaskan diri, pada hari kelima dia mengeluarkan pisau poket kecil kemudian menetak tangannya sendiri. Aron yang berdarah-darah kemudian menuruni ngarai dan berjalan 11 km jauhnya sebelum mendapat pertolongan.[1][2]

Insiden itu didokumenkan dalam buku autobiografi Aron yang bertajuk Between a Rock and a Hard Place dan menjadi tema filem 2011 127 Hours di mana dia dilakonkan oleh James Franco.

Bahkan selepas kemalangan itu, dia tetap meneruskan pendakian gunung dan mendaki Gunung Everest.

  1. ^ Duncan Campbell (May 3, 2003). "Mountaineer trapped by boulder amputated arm with pocketknife". The Guardian. London. Dicapai pada December 13, 2010.
  2. ^ Aron Ralston (2004). Between a Rock and a Hard Place. Atria Books. ISBN 0-7432-6354-5.