Arshad Ayub
YABhg Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Arshad Ayub SSM, PSM; SPMS (Sel); SPSK (Kel); SUNS (NS); PNBS (Sar); DPMJ (Joh); DSAP (Pah); PGDK (Sab); DPMT (Ter); DPMP (Prk); DSLJ (Brunei); JMN; PBE (Sar); Dip. in Agric, College of Agriculture (Malaya); B.Sc. (Hon), Wales; Dip. Bus. Admin (IMEDE), Laussane, Switzerland; LL.D(Hon) (Ohio); D.Ed (Hon)(USM); LLD(Hon) (Wales); D.Litt (UPM); Hon. Doktor Pengurusan Perniagaan (UiTM); Fellow (INTAN); Fellow U.C.W (Aberystwyth); Tokoh Ilmuan Pengurusan (KUSZA) | |
---|---|
Pro Canselor Universiti Teknologi MARA | |
Memegang jawatan 31 Mac 2000 Berkhidmat dengan Ahmadshah Abdullah Abdul Rahman Arshad* *(meninggal dunia ketika berkhidmat) Sallehuddin Mohamed Safri Awang Zaidell Zarinah Anwar | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muar, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia) | 15 November 1928
Pasangan | Toh Puan Zaleha Mohd. Arshad |
Tun Haji Arshad Ayub (dilahirkan pada 15 November 1928 di Muar, Johor Darul Takzim) ialah seorang ahli akademik dan pendidik Malaysia. Pada 20 Julai 2012, beliau dianugerahkan 'Bintang Pribumi Perkasa Negara' dan dinobatkan sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' oleh NGO Perkasa. Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA.
Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian. Antaranya sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 9 Mac 1975 hingga 1977.
Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]
Tun Arshad memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958).
Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak.
Pengarah ITM[sunting | sunting sumber]
Beliau menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1966. Beliau telah mewujudkan suatu institusi pengajian tinggi yang ulung kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang institusi lain tidak mahu ambil kerana lemah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ketika itu pelajar ITM tiada tempat tinggal , bilik kuliah di Jalan Othman, Petaling Jaya yang terhad dan ketidakinginan Jabatan Perkhidmatan Awam mengiktiraf diploma-diploma keluaran ITM. Arshad meletakkan mahasiswa ITM di merata tempat sekeliling Petaling Jaya dan Jalan Klang Lama, di Petaling Jaya di Seksyen 14, Seksyen 17, dan di Jalan Klang Lama.
Ketika itu mahasiswa menerima elaun RM15 sebulan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di Jalan Klang Lama. Konsep pelajar tinggal di luar kawasan kampus inilah yang telah banyak ditiru oleh lain-lain institusi pengajian tinggi.
Arshad Ayub dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan Melayu dan bumiputera. Sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional dalam kalangan anak Melayu dan menjadikan mereka Bumiputra yang mampu memajukan potensi diri. Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia . Beliau merupakan pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang pada waktu itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA.[1]
Menteri Pelajaran ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad .Dr Mahathir meluluskan perpindahan beliau ke Bank Negara. Tindakan ini dibantah oleh Kesatuan Mahasiswa Institut Teknologi Mara(KSITM) kerana bimbang merencatkan pembangunan ITM. Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada 1975 bagi mengekang kegiatan demonstrasi dalam kalangan mahasiswa. Antara pelajar ITM yang aktif dalam demonstrasi ketika itu ialah Datuk Ibrahim Ali. Beberapa orang kakitangan dan pelajar menjadi tahanan polis dan Unit Simpanan Khas (FRU) keluar masuk kampus ITM .[2][3]
Timbalan Gabenor Negara[sunting | sunting sumber]
Di Bank Negara, Tun Arshad bekerja di bawah Tun Ismail Mohd Ali, suatu institusi terkenal selaku Gabenor Bank Negara yang lama berkhidmat di Komanwel.
Selepas itu beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian .
Bersara[sunting | sunting sumber]
Kini, walaupun usia beliau telah menjangkau usia melebihi 90 tahun, Tun Arshad berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun seperti Perbadanan Johor.
Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]
Arshad dilakonkan oleh Fizz Fairuz dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Sepanjang kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah, antaranya[4]
Malaysia[sunting | sunting sumber]
Malaysia
Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) - Tun
Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
Johan Mangku Negara (JMN)
Selangor
Kelantan
Negeri Sembilan
Sarawak
Johor
Pahang
Sabah
Terengganu
Perak Darul Ridzuan
Brunei[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ibrahim Ali: Arshad Ayub dianugerahkan 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara". sinarharian.com.my. Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 30 Julai 2012.
- ^ Gerakan Mahasiswa UiTM , AUKU dan Dr. Mahathir (1)
- ^ "Penghargaan kepada Arshad Ayub". utusan.com.my. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-13. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ Senarai Pro Canselor UiTM