Pembakaran sengaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Arson)
Undang-undang jenayah
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti
Skyline Parkway Motel di Rockfish Gap, Amerika Syarikat selepas dibakar dengan sengaja pada 9 Julai 2004.

Pembakaran sengaja, juga dikenali dalam bidang perundangan sebagai arson[1] merupakan satu bentuk jenayah membakar harta-benda, struktur, bangunan serta kawasan hidupan liar.[2] Ia boleh dibezakan daripada punca kebakaran lain seperti pembakaran spontan serta kebakaran hutan semula jadi. Arson boleh juga ditakrifkan sebagai membakar harta-benda orang lain ataupun harta-benda sendiri secara sengaja untuk menuntut pampasan insurans.[3][4]

Di Malaysia, pesalah yang didakwa atas kesalahan arson boleh didakwa di bawah Seksyen 435, 436 dan 438 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 7 hingga 20 tahun serta denda jika sabit kesalahan.[4]

Definisi perundangan[sunting | sunting sumber]

Common law[sunting | sunting sumber]

Pembakaran sengaja atau arson didefinisikan sebagai "pembakaran kediaman orang lain dengan berniat jahat"[5] menurut common law.

Unsur yang terlibat ialah:

  1. Pembakaran
  2. kediaman
  3. orang lain
  4. dengan berniat jahat
Pembakaran - menurut common law, membakar mana-mana bahagian kediaman sudah memadai untuk memenuhi syarat unsur ini. Tiada taksiran kerosakan signifikan yang diperlukan. Sementara itu, perubahan warna asap tidak memadai. Sebaliknya, kerosakan sebenar pada struktur binaan diperlukan.[6] Kerosakan pada penutup permukaan seperti permaidani dan kertas dinding tidak memadai.[6] Arson tidak terhad kepada pembakaran struktur kayu. Sebarang kelemahan atau kerosakan struktur yang berpunca daripada pendedahan kepada haba atau api sudah memadai.
kediaman - kediaman bermaksud bangunan berpenghuni. Kemusnahan pada bangunan yang tidak didiami tidak dianggap sebagai arson, "memandangkan arson mencakupi tempat tinggal, pembakaran rumah tidak berpenghuni tidak mewakili arson." Menurut common law, sesebuah struktur tidak dianggap sebagai kediaman sehingga terdapat penghuni yang mendiaminya dan hilang tarafnya sebagai kediaman jika penghuninya meninggalkan premis tanpa sebarang niat untuk terus tinggal di situ.[7] Kediaman tidak terhad kepada rumah sahaja. Pembakaran bangsal turut dianggap sebagai arson jika ia didiami sebagai sebuah kediaman.
orang lain - pembakaran kediaman sendiri tidak mewakili arson menurut common law. Walau bagaimanapun, bagi tujuan arson common law, status milikan serta berpenghuni atau tidak dan bukannya gelaran yang menentukan siapa pemilik kediaman bagi struktur tersebut.[8] Oleh itu, penyewa yang membakar rumah sewanya sendiri tidak dianggap sebagai bersalah di bawah undang-undang arson common law,[8] sementara tuan rumah yang membakar rumah yang disewakannya pula dianggap sebagai bersalah.
dengan niat jahat - bagi tujuan undang-undang arson common law, "niat jahat" bermaksud perbuatan menimbulkan risiko besar terhadap kebakaran. Defendan tidak perlu bertindak secara sengaja atau sukarela bagi tujuan pembakaran kediaman.

Selain itu, "pembakaran kediaman sendiri untuk menuntut insurans tidak mewakili arson common law. Di England pada zaman terawalnya adalah dianggap bahawa seseorang mempunyai hak di bawah undang-undang untuk memusnahkan hartanya sendiri mengikut apa jua cara yang dipilihnya."[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Takrifan maksud "arson" oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. ^ Kumar, Kris (February 2008). "Deliberately lit vegetation fires in Australia". Trends and issues in crime and criminal justice. Lynnwood: Australian Institute of Criminology (350). ISBN 978 1 921185 71 7. ISSN 0817-8542. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-22. Dicapai pada 2009-01-09.
  3. ^ arson. Dictionary.com. The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. Houghton Mifflin Company, 2004. Accessed: January 27, 2008)
  4. ^ a b Mohd. Azis Ngah (2011-07-17). "Tauke muflis bakar premis demi pampasan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2011-07-17.
  5. ^ 4 Blackstone, Commentaries (21st ed.) p. 220
  6. ^ a b http://en.wikipedia.org/wiki/Charring
  7. ^ Boyce & Perkins, Criminal Law, 3rd ed. (1992) at 280&81.
  8. ^ a b Boyce & Perkins, Criminal Law, 3rd ed. (1992) at 281.
  9. ^ "Arson: Legal Aspects - Common Law Arson". Law Library - American Law and Legal Information. Dicapai pada 2008-05-10.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Pembakaran sengaja di Wikimedia Commons