Artakus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berdasarkan cetakan kedua 2010 siri buku-buku Saga Artakusiad:

Mengikut ramalan di dalam kitab-kitab Id, Artakus ialah seorang pahlawan yang akan menyatupadukan seluruh penduduk Aurora dibawah satu panji dan akan menamatkan penjajahan Morrok di Aurora. Artakus juga akan menggagalkan usaha Herakos untuk menguasai alam semesta dengan mempercepatkan kemusnahan alam.

Di dalam Permata Aurorius asal, Rizal, seorang remaja daripada dunia nyata telah dibawa masuk oleh Merkia ke dalam dunia Aurora.

Nazril, karman Armorikus adalah orang pertama yang memanggil Rizal sebagai Artakus.[1] Merkia juga memanggil Rizal sebagai Artakus, namun pada peringkat awalnya, Merkia memanggilnya sebagai Rizal, sebagai tanda bahawa dia mengenali Rizal yang dibawa masuk ke dalam dunia Aurora.

Merkia telah mengurniakan Artakus sebilah pedang Arasis yang dinamakan sebagai Arkus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Patria Abdullah. Permata Aurorius. Cetakan kedua 2010. p. 8.