Pergi ke kandungan

Artaxerxes II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Artakhsyacah II
𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂
Ukiran batu
Ukiran rupa di Persepolis
Raja segala Raja Hakhamaniyah
Pemerintahan405/4–359/8 SM
Didahului olehDarius II
Diikuti olehArtaxerxes III
KeputeraanArsyaka
s. 436 SM (atau 453 atau 445 SM)
KemangkatanNovember 359 – April 358 SM[1]
PemakamanPersepolis
PasanganStateira
Anakanda
antara lain
WangsaHakhamaniyah
AyahandaDarius II
BondaParysatis
AgamaMajusi

Artakhsyacah II (Parsi Kuno: 𐎠𐎼𐎫𐎧𐏁𐏂 Artaxšaçāʰ, moden: اردشیرArdašīr;[2][3]Yunani Purba: Ἀρταξέρξης;[4] bahasa Inggeris: Artaxerxes II) merupakan Raja segala Raja Empayar Hakhamaniyah dari 405/4 SM hingga 358 SM. Baginda ialah putera Darius II (r. 423 – 405/4 SM) dan ibundanya ialah Parysatis.

Tidak lama selepas naik takhta, Artaxerxes II menghadapi tentangan daripada adindaya Cyrus Si Muda, yang mengumpulkan tentera dari satrapi Lydia dan Ionia serta tentera upahan Yunani dalam usahanya merebut takhta. Pasukan kedua-dua beradik bertempur di Cunaxa pada 401 SM, yang mengakibatkan kekalahan dan kematian Cyrus. Berikutan hal ini, Artaxerxes II terpaksa menghadapi beberapa pemberontakan lain; pemberontakan oleh Evagoras I (r. 411–374 SM) di Cyprus antara 391–380 SM, oleh orang Phoenicia sekitar s. 380 SM, dan yang paling utama, pemberontakan oleh satrap barat (dikenali sebagai Pemberontakan Pemberontakan Satrap-Satrap Besar) pada 360-an dan 350-an SM, diketuai oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Datames, Ariobarzanes, dan Autophradates.

Penguasa Empayar Parthia khususnya menganggap Artakhsyacah II sebagai nenek moyang sekaligus pengasas kerajaannya.[5][6][7]

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan dengan nama 𐎠𐎼𐏁𐎣 Ršakaʰ (moden: ارشکArsyak) diakar Parsi Kuno *(w)r̥šā ("lelaki, wira"), nama ini turut dicatatkan terYunani sebagai Ἄρσης Arses.[5][6][7] Ayahandanya Darius II penguasa kerajaan Hakhamaniyah dari 424–405/4 SM manakala ibundanya Parysatis adinda tiri Darius II.[8] Ada sejarawan menyatakan Arsyaka lahir sebelum naik takhta 424 M,[9] manakala seorang lagi menyatakan beliau "berusia 70-an tua awal tahun 360-an".[10] Usia matinya dicatatkan sama ada 86 (Lucian) atau 94 (Dinon) tahun lalu ditentukan sekitar 453 atau 445 SM.[11]

Baginda mempunyai 13 orang adik yang banyaknya lahir mati, sanak sedarah Arsyaka yang panjang umur termasuk Kurus, Ustan, Uksathra yang lelaki dan Amestris yang perempuan.[9]

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Artaxerxes II dilaporkan mempunyai beberapa isteri. Isteri utamanya ialah Stateira, sehingga beliau diracun oleh ibu Artaxerxes, Parysatis sekitar tahun 400 SM.[12] Artaxerxes II dikatakan mempunyai lebih daripada 115 anak lelaki daripada 350 isteri.[13][12]

Dengan Stateira
Darius (mungkin berusia lebih 50 tahun pada 366 SM)[14]
Ariaspes atau Ariarathes
Ochus (Artaxerxes III)
Rhodogune, isteri satrap Orontes I
Atossa, isteri Artaxerxes III
Sisygambis, ibu Darius III
Dengan isteri lain
Arsames
Mithridates
Phriapatius(?), kemungkinan nenek moyang Arsacids
Amestris, isteri Artaxerxes II
Apama, isteri Pharnabazus
Ocha, ibu kepada isteri tanpa nama Artaxerxes III
Isteri tanpa nama Tissaphernes
112 anak lelaki lain tanpa nama

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Binder 2008, m/s. 109, 359.
  2. ^ Frye 1983, m/s. 178.
  3. ^ Wiesehöfer 1986, m/s. 371–376.
  4. ^ Schmitt 1986a, m/s. 654–655.
  5. ^ a b Briant 2002, m/s. 986, 1150.
  6. ^ a b Binder 2008, m/s. 97–98.
  7. ^ a b Olbrycht 2021, m/s. 146.
  8. ^ Llewellyn-Jones 2017, m/s. 76.
  9. ^ a b Briant 2002, m/s. 615.
  10. ^ Stephen Ruzicka, Trouble in the West: Egypt and the Persian Empire, 525–332 BC (Oxford University Press, 2012), p. 263, n. 16
  11. ^ Binder 2008, m/s. 85, 109, 355.
  12. ^ a b Schmitt 1986b.
  13. ^ "Achaemenid Empire". 25 April 2014. Dicapai pada 2015-06-21.[1] Diarkibkan 2008-06-19 di Wayback Machine
  14. ^ Dandamaev 1989, m/s. 306.
Artaxerxes II
Tarikh keputeraan: s. 436 SM Tarikh kemangkatan: s. 358 SM
Didahului oleh
Darius II
Raja segala Raja Parsi
404–359/8 SM
Diikuti oleh:
Artaxerxes III