Arwah Pak Mat, Lif & AJK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arwah Pak Mat, Lif & AJK
PengarahKhir Rahman
Penulis
  • Aloy Paradoks
  • Haris M. Nor
Dihasilkan oleh
  • Azlan Shah Jaffril (eksekutif)
  • Kasturi Rasul
  • Arbi Roslan
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehMuhd Hilmi Hanifa
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
10 Jun 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Arwah Pak Mat, Lif & AJK ialah sebuah filem komedi satira Malaysia 2021 arahan Khir Rahman dengan skrip oleh Aloy Paradoks dan Haris M. Nor.[1][2] Dibintangi oleh Joey Daud, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Ropie Cecupak dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 10 Jun 2021 di Astro First.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu. Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana pemilihan Presiden dan ahli AJK untuk penggal terbaru sedang berlangsung. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli-ahli lain.

Namun berlaku kejadian yang tidak diingini, bapa Nordin telah meninggal dunia secara mengejut dirumah ketika majlis pemilihan sedang berlangsung. Keadaan bertambah kecoh selepas lif di rumah pangsa mereka turut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuh oleh Nordin dalam membawa turun jenazah bapanya dengan pelbagai masalah serta isu yang sedang terjadi di Flat Seri US.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Arwah Pak Mat, Lif & AJK ialah filem keempat arahan Khir Rahman yang sebelum ini mengarahkan ...Dalam Botol (2011), Balada Pencinta (2013) dan Bangunan (2015). Aloy Paradoks dan Haris M. Nor diberi kepercayaan menulis cerita dan skrip. Untuk filem ini, beliau memilih komedi satira.[4] Menurut Khir, ia mengangkat nilai hidup bermasyarakat disamping terdapat pengajaran yang disampaikan, antara lain ialah "kesedaran tentang hidup majmuk, mengambil berat terhadap jiran tetangga, sentiasa bertegur sapa dan membantu antara satu sama lain agar tiada yang rasa keseorangan". Beliau juga berpendapat meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, gaya lakonan Joey Daud sebagai Nordin dalam Arwah Pak Mat, Lif & AJK dilihat begitu serius.[5][6][7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Arwah Pak Mat, Lif & AJK dikeluarkan pada 10 Jun 2021 di Astro First.[8] Filem ini menjadi kejayaan komersial,[9][10] apabila ia berjaya menduduki kedudukan pertama di carta filem Astro First sehari selepas tayangan perdana rasmi.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (9 Jun 2021). "Khir Rahman tampilkan filem komedi arahannya berjudul Arwah Pak Mat, Lif & AJK". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  2. ^ "Khir Rahman muncul dengan filem komedi Arwah Pak Mat, Lif & AJK". Utusan Borneo. 13 Jun 2021. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  3. ^ "Bergelak ketawa dengan Arwah Pak Mat, Lif & AJK". Kosmo!. 15 Jun 2021. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  4. ^ "Komedi satira jadi taruhan filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK". Sinar Plus. Sinar Harian. 10 Jun 2021. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  5. ^ Mya Amri (10 Jun 2021). "Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK, kisah lucu komuniti flat memang lawak habis, lif rosak satu hal". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  6. ^ "Filem komedi 'Arwah Pak Mat, Lif & AJK' bernilai satira". Femag Online. 9 Jun 2021. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  7. ^ Mya Amri (28 Jun 2021). ""Boleh tahan juga bila jadi serius" - Lakonan Joey dipuji dalam Arwah Pak Mat Lif & AJK". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  8. ^ Khadijah Ibrahim (9 Jun 2021). "Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK papar kehidupan penduduk flat". Bebas News. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  9. ^ Mya Amri (15 Jun 2021). ""Bila tahu pengarah dia Khir Rahman boleh agak mesti padu" - Arwah Pak Mat, Lif & AJK mantap". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  10. ^ Mya Amri (19 Jun 2021). ""Realiti di Malaysia, lif kerap rosak!" - Arwah Pak Mat Lif & AJK, naskhah Khir Rahman memang terbaik". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2021.
  11. ^ Mya Amri (11 Jun 2021). ""Memang lawak" - Baru sehari tayang, Arwah Pak Mat, Lif & AJK nombor 1 di Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]