As-Salam as-Sultani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
as-Salām as-Sultānī
نشيد وطني عماني

National  Oman
LirikRashid bin Uzayyiz Al Khusaidi
Digunapakai1970
Sampel audio
An Nashid al Watani al Umani

"as-Salâm as-Solṭâni" (Bahasa Arab: السلام السلطاني, 'Salam kepada Baginda Sultan') ialah lagu kebangsaan Oman sejak tahun 1970. Pada asalnya, lagu ini ditujukan kepada bekas Sultan Oman, Qaboos bin Said Al Said. Lirik lagu ini ditulis oleh Rashid bin Aziz dengan gubahan oleh Rodney Bashford.

Versi lama[sunting | sunting sumber]

Lagu kebangsaan Oman (1970-2020)
Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan Melayu
يا ربنا احفظ جلالة السلطان

والشعب في الأوطان
بالعز و الأمان
وليدم مؤيدا
عاهلا ممجدا
بالنفوس يفتدى
يا عمان نحن من عهد النبي
أوفياء من كرام العربي
ابشري قابوس جاء
فلتباركه السماء
واسعدي و التقيه بالدعاء

Ya Rabbana Ehfid Lana Jalalat Al Sultan

Waashabi Fee Al'wtan
Bialeizy Walaman. Walyadum Muoayadda,
Aahilan Momajjada;
Bilnufoosi Yuftda. Ya Oman, Nahnoo Min Ahd Il Nabi
Awfiya Min K'ram Al Arabi.
Abshiry Qaboos Jaa
Faltubarakhu 'I Sama. Waasidy Waltoq'hi Bilduoaa.

Tuhanku, lindungilah yang maha mulia, Sultan

Dan juga rakyatnya
Dengan kemuliaan dan keamanan.
Dipanjangkan umur baginda, kuat dan sentiasa disokongi,
Dimuliakan kepimpinannya
Untuknya kami sanggup menggadai nyawa.
Wahai Oman, sejak zaman Rasulullah
Kami adalah orang yang penuh dedikasi di kalangan orang Arab
Bergembiralah! Qaboos telah tiba,
Dengan berkat Tuhan.
Bergembiralah dan sentiasa ingatinya dalam doamu.