Asaari Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ashaari Mohammad
Darul-arqam-ashaari-muhammad.jpg
Ashaari Muhammad pada Julai 2004
Kelahiran Asaari Muhammad
30 Oktober 1937(1937-10-30)
Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Meninggal dunia 13 Mei 2010 (umur 72)
Ipoh, Perak, Malaysia
Sebab kematian Jangkitan paru-paru
Warganegara Malaysia
Nama lain Abuya
Etnik Melayu
Pekerjaan Pengasas Al-Arqam
Agama Islam
Pasangan Hasnah binti Haji Salim (berkahwin 1959, bercerai 1985)
Tengku Noriah Tengku Abdullah (berkahwin 1978)
Rokiah Mohd Radhi (berkahwin 1980, meninggal dunia 2002)
Khadijah Aam (berkahwin 1980-2010, kematiannya)
Noraziah Ibrahim (berkahwin 1985)
Anak 37

Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (30 Oktober 1937-13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia.

Beliau dapat dianggap pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut sejak tahun 1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya, beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan menjalankan banyak perniagaan. Al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 kerana fahaman Aurad Muhammadiah.[1] Berikutan itu, Asaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Asaari Muhammad dilahirkan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak. Di Kampung Pilin inilah beliau diperkenalkan dengan wirid Aurad Muhamadiah oleh bapa saudaranya.

Pada tahun 1952, ketika berada di darjah 6, beliau pindah ke Segambut, Kuala Lumpur.

1954-1958 belajar di Madrasah Hishamuddin, Kelang. Bapanya bekerja sebagai Kastam di Kuala Kelang.

1956 menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai Udang, Teluk Pulai, Kelang, Selangor.

Ketika ini berkenalan dengan cucu Syeikh Muhammad bin Abdullah As Shuhaimi yang bernama Muhamad Abdullah Khairillah bin Muhamad. Ketika ini diajar wirid Aurad Muhamadiah.

1958 telah membaca buku karangan Ustaz Taha Suhaimi di Singapura yang mendakwa datuknya bakal menjadi Imam Mahdi.

Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul Islam, Al Alqaid Al Durriyah , Ukbudi Ummu Al Barahin, Aqidah al Najin , Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).

Kematian[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia pada 13 Mei 2010 pukul 2.10 petang di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru[2].

Kumpulan Rufaqa[sunting | sunting sumber]

Pada 2006 beliau dituduh cuba menghidupkan semula pertubuhan al-Arqam dengan nama baru Kumpulan Rufaqa. Lantaran itu Rufaqa diserbu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa pemimpinnya telah didakwa.

Buku tulisan[sunting | sunting sumber]

  • Inilah Jalan Kita ( 1984 )
  • Ibadah Menurut Islam (1980) ISBN 979-95786-6-3
  • Iman Dan Persoalannya (1983)
  • Matlamat Perjuangan Menurut Islam ( 1984 )
  • Mengenal Diri Melalui Rasa Hati ( 1985 )
  • Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam ( 1986 )
  • Siapakah Mujaddid Kurun 15 ( 1987 )
  • Krisis Dan Jalan Penyelesaiannya ( 1987 )
  • Bahaya Syiah ( 1987 )
  • Inilah Pandanganku ( 1988 )
  • Berhati-hati Membuat Tuduhan ( 1989 )
  • Kenapa Salahkan Musuh ( 1989 )
  • Manisnya Madu ( 1990 )
  • Inilah Sikap Kita ( 1990 )
  • Renungan Untuk Mengubah Sikap ( 1990 )
  • Pendidikan Rasulullah ( 1990 )
  • Pembangun Jiwa dan Fikiran Ummah ( 1990 )
  • Langkah-langkah Perjuangan ( 1991 )
  • Manusia Tidak Memiliki Dan Tidak Dimiliki ( 1991 )
  • Aqidah Mukmin Siri 2 ( 1991 )
  • Aqidah Mukmin Siri 1 ( 1991 )
  • Perang Teluk Islam Akan Kembali Gemilang ( 1991 )
  • Konsep Kesederhanaan Menurut Pandangan Islam ( 1991 )
  • Ulama Menurut Pandangan Islam ( 1992 )
  • Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat ( 1992 )
  • Falsafah Kemiskinan Dan Jalan Penyelesaiannya Menurut Islam ( 1993 )
  • The West on The Brink of Death (1993)
  • Presiden Soeharto Ikut Jadual Allah ( 1993 ) ISBN 983-9890-01-8
  • Barat di Ambang Maut (1993)
  • Keadilan Menurut Islam ( 1993 )
  • Meninjau Sistem Pemerintahan Islam ( 1993 )
  • Aqidah Mukmin Siri 3 ( 1993 )
  • Kasih Sayang Kunci Perpaduan Sejagat ( 1994 )
  • Jihad Bukan Membunuh Tapi Membangun Peradaban ( 2004 )
  • Buah Fikiran Siri 1 (2005) ISBN 983-2492-42-4
  • Buah Fikiran Siri 2 (2005) ISBN 983-2492-47-5
  • Nasihat Buatmu Bekas Kawan-kawan Lamaku Dalam Arqam (2005) ISBN 983-2492-38-6
  • Kumpulan Sajak Tauhid ( 2005 )
  • Kumpulan Sajak Siri 2 Tasawuf ( 2005 )
  • Kumpulan Sajak Perjuangan Dan Umum ( 2005 )
  • Bisikan Hati : Koleksi Madah Hatiku ( 2005 )
  • Tsunami Pembawa Mesej Dari Tuhan ( 2005 )
  • Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia (2006) ISBN 983-2492-46-7
  • Koleksi Sajak Sembahyang Melahirkan Rasa Kehambaan Dan Membina Jati Diri (2006)
  • Politik Islam Membawa Kasih Sayang (2007) ISBN 978-983-42336-8-6
  • Islamic Politics: Politics of Love And Fraternity (2007)
  • Keluarga Bahagia (2008)
  • Modul Poligami Indah Dari Tuhan (2009)

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Fatwa Mengenai Al-Arqam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
  2. Ashaari Muhammad meninggal dunia. (2010). Malaysiakini. Dicapai pada 11 Mac 2016, dari https://www.malaysiakini.com/news/131721