Asajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asajaya
Asajaya is located in Bumi
Asajaya
Asajaya (Bumi)
Koordinat: 1°32′32″N 110°36′46″E / 1.5422°N 110.6127°E / 1.5422; 110.6127Koordinat: 1°32′32″N 110°36′46″E / 1.5422°N 110.6127°E / 1.5422; 110.6127
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSamarahan
Keluasan
 • Jumlah302.81 km2 (116.92 batu persegi)
Aras
12 m (39 ft)
Penduduk
 • Jumlah
32,800 orang
 • Pecahan mengikut jantina
52% lelaki 48% perempuan
Poskod
94xxx

Asajaya (Cina: 阿沙再也) ialah sebuah daerah serta pekan yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan, negeri Sarawak, Malaysia. Kebanyakan penduduk di daerah ini berbangsa Melayu, Cina serta Iban.[1] Pihak berkuasa tempatan di Daerah Asajaya ialah Pejabat Daerah Asajaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asajaya dulunya dikenali dengan nama Nonok yang merupakan sebuah daerah kecil yang mula wujudkan pada 1 Oktober 1970. Daerah kecil Nonok ketika itu ditadbir oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) dengan dibantu oleh dua orang kakitangan. Dua tahun berikutnya, pejabat baru telah dibina dengan pertambahan kakitangan kepada empat orang sehingga terbinanya sebuah bangunan konkrit yang baru yang mula beroperasi pada tahun 1993 sehingga ke hari ini.

Nonok dahulunya ada dibawah pentadbiran Daerah Kuching dari tahun 1970 sebelum diambilalih oleh Daerah Samarahan pada tahun 1993 setelah Samarahan diiktirafkan sebagai Daerah penuh dan nama Nonok ditukarkan nama sebagai Asajaya. Rentetan sejarah Asajaya terus berlaku dengan secara rasminya dengan dinaikkan taraf dari daerah kecil ke daerah penuh pada 31 Disember 1999.

Sejak beroperasi sebagai daerah penuh Asajaya terus menampakkan kemajuan pembangunan seperti kemudahan-kemudahan infrastruktur serta pembangunan ekonomi penduduk yang pesat dan ketara selain dari kemasukan pelbagai agensi kerajaan yang lain mula membuka pejabat mereka disini.

Dulu Nonok hanya boleh dihubungi dengan bot atau perahu yang merentasi Laut China Selatan dengan deruman ombak yang kuat melanda betin Sebandi.

[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Merupakan kawasan dataran tanah pamah yang terdiri dari hutan paya bakau.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Suku kaum[sunting | sunting sumber]

Pecahan kaum di Asajaya setakat tahun 2009.[1]

  Melayu (82.57%)
  Cina (7.95%)
  Bidayuh (0.61%)
  Iban (7.95%)
  Melanau (0.31%)
  Lain-lain (Bumiputera) (0.31%)
  Bukan warganegara (0.31%)
Jumlah penduduk berdasarkan suku kaum di Asajaya (orang)
Melayu Iban Cina Bidayuh Melanau Lain-lain (Bumiputera) Bukan warganegara
27000 2600 2600 200 100 100 100

Pecahan mengikut jantina[sunting | sunting sumber]

Pecahan mengikut jantina di Asajaya setakat tahun 2010.[1]

  Lelaki (52%)
  Perempuan (48%)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Daerah ini mempunyai 4 sekolah menengah iaitu SMK Asajaya, SMK Semera, SMK Pansantren Abdul Taib Mahmud dan SMK Hajjah Laila Taib.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi utama dan merupakan aktiviti penting penduduk di Asajaya. Daerah ini juga dikenali sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Oleh itu, sektor ini memberi sumbangan sebagai pembekal bahan mentah kepada kepada keperluan harian, pasaran dan kegiatan ekonomi hiliran sama ada untuk pasaran luar atau tempatan.


Keluasan[sunting | sunting sumber]

Projek saliran Asajaya merangkumi kawasan seluas 18,143 hektar di Semenanjung Asajaya dan terletak di antara Batang Samarahan dan Batang Sadong. Projek ini terbahagi kepada empat blok yang mana setiap blok bersempadankan sungai asal. Dengan adanya projek tersebut seluas 12,525 ekar tanah dapat digunakan dengan pelbagai aktiviti pertanian ataupun penempatan.


Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Dengan adanya projek Pengairan dan Saliran di Asajaya, ia telah memberi manfaat kepada semua petani yang mengusahakan kelapa, koko dan limau. Kawasan tersebut adalah di antara kawasan yang paling subur di Sarawak dan telah dibangunkan secara intensif.

Dalam tahun 1997-1998, FELCRA telah menanam hampir 1000 hektar kelapa sawit di Blok 4 Asajaya Selatan dan dengan ini meningkatkan penggunaan tanah kepada 81% daripada keseluruhan projek. Segala usaha yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah keperluan tanah untuk pertanian dan sekaligus mengubah cara hidup penduduk-penduduk serta meningkatkan hasil pertanian.


Pengeluaran Pertanian[sunting | sunting sumber]

Permintaan terhadap buah kelapa semakin meningkat. Ini berikutan daripada perkembangan sektor perindustrian berintensifkan buah kelapa sebagai bahan utama produk.

Hasil-hasil kelapa menunjukkan peningkatan berikutan permintaaan di pasaran tempatan meningkat. Malah permintaan terhadap buah tersebut melebihi penawaran sedia ada dan kebanyakan kebun-kebun kelapa telah dimusnahkan untuk tujuan penternakan udang harimau.

Keadaan ini telah menyebabkan harga kelapa di Asajaya meningkat dan banyak pemprosesan hiliran dibina oleh penduduk setempat sebelum dihantar kekilang yang berdekatan. Manakala banyak pokok-pokok koko telah dimusnahkan kerana serangan penyakit dan harga yang terlalu murah di pasaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Profail Daerah Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  2. ^ "Asajaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-15. Dicapai pada 2016-09-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]