Asal usul Pallava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pallavas

Kerajaan Pallava c.645 CE semasa Narasimhavarman I
Bahasa rasmi
Tamil
Ibukota Kanchipuram
Kerajaan Beraja
Negeri sebelum Satavahana, Kalabhras
Negeri selepas Cholas, Chalukya

Asal Pallavas tidak pernah ditentukan dengan pasti. Sejumlah lagenda dikaitkan dengan asal mereka. Sungguhpun mereka meninggalkan praśastis (karangan "pujian") epilog mengenai dinasti mereka, sejarahwan turut bertelagah mengenai turutan kronologinya. Pallava memerintah Selatan Andhra Pradesh dan Tamil Nadu Utara. Mereka disebut dalam karya Tempoh Sangam terpilih dan dalam beberapa ukiran dan (“muniments“) kepingan tembaga.

Teori[sunting | sunting sumber]

Pallavas tidak disebut sebagai pemerintah wilayah Tamil semasa tempoh ketika Tiga Raja Bertakhta (Tamil: மூவேந்தர், Mūvēntar), iaitu, Cholas, Cheras dan Pandyas, bertempur sesame sendiri dan cuba menguasai Chola Nadu, Chera Nadu dan Pandya Nadu yang membentuk negara Tamil purba, Tamilakam.[perlu rujukan] Sesetengah perincian raja Pallava terdapat dalam kesusteraan Sangam klasik Ahananuru, Manimekhalai dan Perumbanarruppatai.

Ahananuru menyebut region geografik di mana dua Tiriyans memerintah. [1] Tiriyan Tua terletak di Gudur, Nellore dan Tiriyan Muda terletak di Kanchipuram.[1] Tiriyan Muda disebut dalam Perumbanarruppatai. Karya dalam Perumbanarruppatai menjejak leluhur Tiriyan Muda (aka Ilam Tiriyan, Ilan Tiriyan dan Ilandiraiyan) ke Dinsati Solar dari Ikshvakus.[1]. Bagaimanapun, pengulas Tamil berikutnya mengenal pasti dirinya sebagai anak luar ikatan Raja Chola dan Puteri Naga.[1]

Manimekhalai menggambarkan kelahiran dan asal Ilandiraiyan secara terperinci. Ia menyandarkan kelahiran ini pada hubungan antara anak Raja Naga Manipallava bergelar named Pilli Valai (Pilivalai), dengan Raja Chola Killivalavan [2] yang hilang dalam kapal pecah dan dijumpai dengan ranting (pallava) Cephallandra indica (Tondai) terbelit di kakinya dan dengan itu dinamakan orang Tondai.[2]

Selain Ahananuru, Manimekhalai dan Perumbanarruppatai, kesusteraan Tamil lain turut menyebut Pallavas. Kambar menyebut Raja Pallava dalam Silaiezhupathu. [perlu rujukan] Silaiezhupathu ditulis dihadapan Raja Pallava. [perlu rujukan] Perkataan Pallava bererti "dahan atau ranting " dalam bahasa Sanskrit dan "daerah bagi" "berkongsi " (secara umum) dan "hujan (kegirangan), terkenal, penyair, orang batu (puak gunung), emboss (cetak timbul), pelepah merak " (makna lain) dalam Tamil purba. Perkataan ini dinyatakan sebagai Tondaiyar dalam bahasa Tamil bererti "in continuum".[perlu rujukan] Satu pandangana adalah dalam Tamil purba, Pallavar mewakili "penderma (Jain) perhimpunan gua/lekukan -palli".[perlu rujukan] Jajahan Pallavas juga dikenali sebagai Tundaka Visaya atau Tundaka Rashtra dalam teks India Utara semasa.[perlu rujukan]

Satu versi menyebut bahawa Raja Chola Tanjore Pertama, Karikala Chola, mempunyai hubungan luar dengan Puteri Naga yang melahirkan Aa-Tondai yang mengasaskan Tondaimandalam.[3] Anak Karikala Chola, Adondai Chola (aka Aa-tondai dan Aa-thondaimaan) memusnahkan orang Kurumba/Kuruba dari Tondaimandalam dan menyerap region tersebut.[4]

Dakwaan lain[sunting | sunting sumber]

Kehadiran Sangam Cholas di masa kini negeri Telugu Selatan ditunjukkan melalui petikan Vengadanadu(Tholkappiyam) dan Kaariyaaru (Purananooru). Fakta bahawa Tamil merupakan bahasa popular atau sekurang-kurangnya lingua franca pada abad ke- 2 kerajaan Satavahana ditunjukkan melalui lagenda siling Vashishtiputra. Secara tradisi Kanchi dianggap sebagai tanah asal Pallavas, sungguhpun kelihatan mereka menegaskan diri mereka dengan keruntuhan kuasa Satavahana, mereka tidak pernah memiliki atau memindahkan ibukota ke negeri Satavahana lama, dan mungkin menyerap sebahagian jajahan Chola menjelang 250 C.E. Dan epithet Tondai kekal dan jajahan mereka turut dikenali sebagai Thondaimandalam secara harafiah bererti region Thondaimaan dalam bahasa Tamil. R. Sathainathaier kelihatannya mengaitkan Pallavas dengan Pulinda purba, yang menurutnya, sama dengan Kurumbas/Kuruba dari Tondamandalam.

Asal Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Kesusteraan Tamil mengaitkan kisah raja Chola Killivalavan yang memindahkan ibukotanya ke Uraiyar selepas kemusnahan ibukota Chola Puhar. Mudaliyar C. Rasanayagam [perlu rujukan] dari Colombo mendakwa bahawa Killi Valavan memiliki hubungan dengan anak perempuan Raja Naga Valaivanam dari Manipallavanam (di semenanjung Jaffna di Ceylon. Dari hubungan ini lahir seorang anak yang dinamakan Tondaiman Ilantirayan yang bapanya, Killi Valavan, jadikan pemerintah jajahan yang dinamakan Tondamandalam dengan ibu kota di Kanchi.[perlu rujukan] Ia ditonjolkan bahawa nama Pallava terhasil dari silabus syllable Manipallavanam ....tanah ibu putera.[5]

Asal Aryan[sunting | sunting sumber]

Asal Pallava masih menjadi spekulasi. Dr V. D. Mahajan mencadangkan bahawa Pallavas adalah "Vishwakarma's" [perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d KR Subramanian. (1989). Buddhist remains in Āndhra and the history of Āndhra between 224 & 610 A.D, p.72
  2. ^ a b Ordhendra Coomar Gangoly. The art of the Pallavas, Volume 2 of Indian Sculpture Series. G. Wittenborn, 1957. m/s. 2.
  3. ^ T.K.T. Viraraghavacharya. History of Tirupati: The Tiruvengadam Temple [1]
  4. ^ John Jeya Paul and Keith Edward Yandell. Religion and Public Culture: encounters and identities in modern South India [2]>
  5. ^ Check Source- See: Ancient India, 2003, pp 704-705, Dr V. D. Mahajan