Asam Pedas Untuk Dia (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Asam Pedas Untuk Dia
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Nuree Mirza
Ditulis oleh
  • PGR Team
  • Shaza Taib
  • Suraini Mohd Noor
  • Janjira
PengarahMohd Feroz Abd Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDengarlah Rindu - Farhan Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifBasree Rakijan
Penerbit
  • Abdul Kalam Pakkir
  • Mohd Feroz Abd Kader
  • Mohd Rafiq Abd Kader
  • Mohd Iskandar Abd Kader
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Frontrow Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Januari 2015 – 29 Mac 2016

Asam Pedas Untuk Dia ialah siri drama romantik komedi Malaysia 2015 arahan Mohd Feroz Abd Kader. Dibintangi oleh Dayana Roza dan Shukri Yahaya. Siri ini diadaptasi dari novel 2012 dengan judul sama karya Nuree Mirza terbitan Alaf 21 dan disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 10 Januari 2015 dan berakhir pada 29 Mac 2015.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri. Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asam Pedas Untuk Dia, janji kelainan Perak Today (21 Januari 2015). Dicapai pada 1 Februari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]