Asam belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asam belanda
أسم بلندا
Hibiscus sabdariffa plant.jpg
Pokok asam belanda
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
H. sabdariffa
Nama binomial
Hibiscus sabdariffa
Sinonim
Senarai
    • Abelmoschus cruentus (Bertol.) Walp.
    • Furcaria sabdariffa Ulbr.
    • Hibiscus cruentus Bertol.
    • Hibiscus digitatus Cav.
    • Hibiscus digitatus var. kerrianus DC.
    • Hibiscus fraternus L.
    • Hibiscus gossypifolius Mill.
    • Hibiscus masuianus De Wild. & T.Durand
    • Hibiscus palmatilobus Baill.
    • Hibiscus sanguineus Griff.
    • Sabdariffa digitata (Cav.) Kostel.
    • Sabdariffa rubra Kostel.

Asam belanda, asam susur, asam paya, asam keling atau rosel (bahasa Inggeris: roselle, nama botani: Hibiscus sabdariffa)[1][2][3] merupakan spesies tumbuhan daripada genus Hibiscus yang sama dengan bunga raya. Tumbuhan ini berasal dari Afrika kemungkinan besarnya Afrika Barat. Ia mula diperkenalkan di Hindia Barat dan Asia sejak lebih tiga kurun yang lampau.

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Pokok asam belanda boleh mencapai ketinggian sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Helai daunnya mempunyai 3 hingga 5 lekuk, panjangnya 8–15 sm (3–6 in) dan disusun berselang-seli pada batang.

Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunganya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan salut bunga raya biasa. Salut ini boleh dimakan di mana ia mempunyai rasa yang amat masam.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Salut bunga dan buah[sunting | sunting sumber]

Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda. Di Sudan, salut bunga asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan karkadeh (Bahasa Arab: كركديه) dan merupakan minuman kebangsaan negara tersebut.

Biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu.

Daun dan batang[sunting | sunting sumber]

Daunnya dijadikan sayur dalam masakan orang Senegal seperti thieboudienne. Orang Senegal mengambil sayur ini sebanyak |700 tan (770 tan pendek) setahun.[4] Daun asam belanda juga sayur paling digemari di Myanmar[5] yang dinamakan chin baung (ချဉ်ပေါင်); chin baung digoreng dengan bawang putih atau udang dan cili hijau atau dimasak dengan ikan.

Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari. Di Vietnam, daun dan batang muda digunakan dalam masakan sup ikan atau belut.[6]

Orang India menggunakan batang pokok asam belanda sebagai bahan serat membuat tali.[7]

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Pokok asam belanda adalah sejenis pokok yang mudah ditaman. Cara penanamannya dengan menggunakan biji benih yang kering kemudian disemai. Pokok asam belanda juga boleh tumbuh daripada biji atau keratan batang.

Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaannya adalah setengah bulan sekali.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

100 gram kaliks asam belanda mengandungi protein 1.145 g, lemak 2.61 g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g, fosforus 0.2732 g, zat besi 0.00898 g, karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g, riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.[8]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "asam belanda". Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017. Dicapai pada 7 April 2012.
  2. ^ Ahmad Raus, R.; Jamal, P.; Mohd-Isa, E. S. (2012). "Hibiscus sabdariffa aqueous extracts prevents progression of acute liver injury induced by acetaminophen" (PDF). Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science. 35 (3): 511–520. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2017.
  3. ^ "rosel". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 April 2012.
  4. ^ Peter 2007, halaman 205
  5. ^ Hansen, Barbara (7 Oktober 1993). "Uncommon Herbs : In a Burmese Garden". Los Angeles Times.
  6. ^ Tanaka, Yoshitaka; Van Ke, Nguyen (2007). Edible Wild Plants of Vietnam: The Bountiful Garden. Thailand: Orchid Press. m/s. 91. ISBN 978-9745240896.
  7. ^ Standley, Paul C.; Blake, S. F. (1923). "Trees and Shrubs of Mexico (Oxalidaceae-Turneraceae)". Contributions from the United States National Herbarium. Washington, D.C.: Department of Botany, Smithsonian Institution. 23 (3): 779. JSTOR 23492504.
  8. ^ Musa Yaacob; Engku Ismail Engku Ahmad; Yahaya Hussain (2006). Manual Teknologi Penanaman Rosel. Serdang: Penerbitan MARDI. ISBN 967-936-506-9.