Asbab al-nuzul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Asbab al-nuzul (Bahasa Arab: أسباب النزول‎) ialah peristiwa atau persoalan-persoalan yang menyebabkan turunnya satu-satu ayat atau beberapa ayat untuk menerangkan peristiwa dan hukumnya.[1] Menurut bahasa bererti sebab turunnya ayat al-Quran. Asbab al-nuzul (sebab-sebab turunnya al-Quran) di sini dimaksudkan sebab-sebab ayat yang secara khusus yang berkaitan dengan turunnya ayat-ayat tertentu. Sedangkan menurut istilah, Shubhi Al-Shalih memberikan definisi Asbab al-nuzul sebagai berikut : "Sesuatu yang dengan sebabnya turun ayat atau ayat yang mengandung sebab itu, atau memberikan jawapan sebab itu, atau menerangkan hukumnya pada masa terjadinya sebab tersebut" Definisi ini memberikan pengertian bahawa sebab turun suatu ayat adakalanya terbentuk peristiwa dan adakalanya terbentu pertanyaan. Suatu ayat atau beberapa ayat untuk menerangkan hal yang berhubungan dengan peristiwa tertentu atau memberikan jawapan tertentu terhadap pertanyaan tertentu.

Faedah[sunting | sunting sumber]

  • Membolehkan pentafsiran ayat dengan tepat.[2]
  • Menjelaskan makna lafaz umum dalam al-Quran.
  • Sebagai asas perbandingan peristiwa dan watak yang berlaku ketika turunnya al-Quran dengan masyarakat yang berikutnya.
  • Memudahkan hafazan dan mengetahui maknanya dengan tepat.
  • Mengukuhkan keimanan terhadap hukum-hukum Allah.[1]

Bahagian[sunting | sunting sumber]

Bukanlah semua ayat al-Quran diturunkan dengan sebab atau peristiwa yang berlaku tetapi sebahagiannya diturunkan tanpa asbab. Oleh itu, bolehlah al-Quran dibahagikan kepada dua bahagian:

  • Bahagian pertama: Diturunkan tanpa sebab-sebab tertentu seperti ayat-ayat yang menceritakan tentang nabi-nabi dan umat-umat terdahulu.[1]
  • Bahagian kedua: Ayat atau surah yang diturunkan berdasarkan kepada sebab atau peristiwa-peristiwa tertentu seperti:
    • Menjawab persoalan yang ditimbulkan kepada Rasulullah SAW.
    • Untuk menempelak.
    • Mengajar syariat-syariat dan hukum-hakam.
    • Menetapkan jiwa Rasulullah SAW.[3]

Kitab-kitab terkenal tentang Asbab al-nuzul[sunting | sunting sumber]

  • Libab al-Naqul fi Asbab al-Nuzul, Jalaluddin al-Suyuti.
  • Asbab al-nuzul, al-Wahidi.
  • Asbab al-nuzul, al-Nisaburi.
  • al-Ijab fi Bayan al-Asbab, Ibn Hajar al-Asqalani, berdasarkan kitab al-Wahidi.
  • Tanzil al-Quran, Ibnu Syihab al-Zuhri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Buku Panduan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan, Tingkatan 2, hlm. 155
  2. ^ Asbab al-nuzul, al-Wahidi, hlm. 6.
  3. ^ Buku Panduan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan, Tingkatan 2, hlm. 155-156

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Andrew Rippin (2002). The Qur'ān and its interpretative tradition [Quran dan ajaran tafsirannya] (dalam bahasa Inggeris). Variorum. ISBN 0-86078-848-2. OCLC 46678011. 
  • Uri Rubin (1995). The Eye of the Beholder: The Life of Muhammad as Viewed by the Early Muslims: A Textual Analysis [Kaca Mata Pemandang: Riwayat Hidup Nabi Muhammad dilihat oleh Orang Islam Terawal: Sebuah Analisis Teks] (dalam bahasa Inggeris). The Darwin Press. ISBN 0-87850-110-X. OCLC 31867429. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]