Ascariasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ascariasis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10B77
ICD-9127.0
OMIM604291
P. Data Penyakit934
MedlinePlus000628
eMedicinearticle/212510
MeSHD001196
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Ascariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing bulat Ascaris lumbricoides yang parasit.[1] Dalam lebih 85% kes, jangkitan tidak menunjukkan apa-apa simptom, terutama sekali jika bilangan cacing adalah kecil.[1] Simptom bertambah dengan bilangan cacing yang ada dan boleh termasuk sesak nafas dan demam pada permulaan penyakit.[1] Simptom-simptom ini mungkin disusuli dengan simptom perut membuncit, sakit perut dan cirit-birit.[1] Kanak-kanak adalah golongan yang paling biasa dijangkiti dan pada peringkat umur ini, jangkitan boleh juga menyebabkan kurang penambahan berat badan, kekurangan zat makanan dan masalah pembelajaran.[1][2][3]

Jangkitan berlaku melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh telur Ascaris daripada tinja.[2] Telur ini menetas di dalam usus, menebuk dinding perut, dan berpindah ke paru-paru melalui darah.[2] Di sana, larva-larva ini menebuk masuk ke dalam alveoli dan memasuki trakea, di mana ia diluahkan dengan batuk dan ditelan semula.[2] Larva-larva ini kemudiannya melalui perut buat kali kedua ke dalam usus di mana ia menjadi cacing dewasa.[2]

Pencegahan adalah dengan kebersihanyand dipertingkat, yang termasuk memperbaik capaian ke tandas dan pelupusan tinjayang wajar.[1][4] Mencuci tangan menggunakan sabun nampaknya mampu melindungi.[5] Di kawasan di mana lebih daripada 20% populasi dijangkiti, merawat semua orang pada jarak waktu yang tetap adalah disarankan.[1] Jangkitan yang berulang adalah biasa.[2][6] Penyakit ini tiada vaksin.[2] Rawatan yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia adalah ubat-ubatan albendazole, mebendazole, levamisole atau pyrantel pamoate.[2] Agen lain yang berkesan termasuk tribendimidine dan nitazoxanide.[2]

Kira-kira 0.8 sehingga 1.2 bilion orang seluruh dunia menghidapi ascariasis dengan populasi yang paling teruk terjejas ialah di sub-Sahara Afrika, Amerika Latin, dan Asia.[1][7][8] Ini menjadikan ascariasis bentuk helmintiasis tularan tanahyang paling biasa.[7] Pada tahun 2010, ia sudah mengakibatkan 2,700 kematian, iaitu kurang daripada 3,400 kematian pada tahun 1990.[9] Sejenis Ascaris yang lain pula menjangkiti khinzir.[1]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Dold, C; Holland, CV (Jul 2011). "Ascaris and ascariasis". Microbes and infection / Institut Pasteur. 13 (7): 632–7. doi:10.1016/j.micinf.2010.09.012. PMID 20934531.
  2. ^ a b c d e f g h i Hagel, I; Giusti, T (Oct 2010). "Ascaris lumbricoides: an overview of therapeutic targets". Infectious disorders drug targets. 10 (5): 349–67. doi:10.2174/187152610793180876. PMID 20701574.
  3. ^ "Soil-transmitted helminth infections Fact sheet N°366". World Health Organization. June 2013.
  4. ^ Ziegelbauer, K; Speich, B; Mäusezahl, D; Bos, R; Keiser, J; Utzinger, J (Jan 2012). "Effect of sanitation on soil-transmitted helminth infection: systematic review and meta-analysis". PLoS medicine. 9 (1): e1001162. doi:10.1371/journal.pmed.1001162. PMC 3265535. PMID 22291577.
  5. ^ Fung, IC; Cairncross, S (Mar 2009). "Ascariasis and handwashing". Transactions of the Royal Society of Tropical Medicine and Hygiene. 103 (3): 215–22. doi:10.1016/j.trstmh.2008.08.003. PMID 18789465.
  6. ^ Jia, TW; Melville, S; Utzinger, J; King, CH; Zhou, XN (2012). "Soil-transmitted helminth reinfection after drug treatment: a systematic review and meta-analysis". PLoS neglected tropical diseases. 6 (5): e1621. doi:10.1371/journal.pntd.0001621. PMC 3348161. PMID 22590656.
  7. ^ a b Keiser, J; Utzinger, J (2010). "The drugs we have and the drugs we need against major helminth infections". Advances in parasitology. 73: 197–230. doi:10.1016/s0065-308x(10)73008-6. PMID 20627144.
  8. ^ Fenwick, A (Mar 2012). "The global burden of neglected tropical diseases". Public health. 126 (3): 233–6. doi:10.1016/j.puhe.2011.11.015. PMID 22325616.
  9. ^ Lozano, R (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2095–128. doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0. PMID 23245604.