Ascomycota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Ascomycota
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Ascomycota
Subdivisi
Pezizomycotina [1][4]
Arthoniomycetes
Dothideomycetes
Eurotiomycetes
Laboulbeniomycetes
Lecanoromycetes
Leotiomycetes
Lichinomycetes
Orbiliomycetes
Pezizomycetes
Sordariomycetes
"Unplaced orders"
Lahmiales
Medeolariales
Triblidiales
"Unplaced family"
Geoglossaceae
Saccharomycotina
Saccharomycetes
Taphrinomycotina
Neolectomycetes
Pneumocystidomycetes
Schizosaccharomycetes
Taphrinomycetes

Ascomycota adalah filum atau divisi alam kulat terdiri daripada spesies-spesies yang mampu menghasilkan spora dari bahagian pembiakan seksual yang berbentuk seperti kantung (ascus).[1] Filum ini merupakan cabang alam kulat terbesar dengan sebanyak 64,000 spesies yang diketahui tersebar di seluruh dunia.[2]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Di antara Ascomycota ada yang bersel tunggal, bersel banyak membentuk miselium dan ada pula yang membentuk tubuh buah.[3]

Ascomycota dapat membiak secara seksual mahupun aseksual.

Pembiakan aseks[sunting | sunting sumber]

Reproduksi aseksual dapat dilakukan dengan pembentukan konidium, fragmentasi, dan pertunasan.[4]

Konidia dan konidiofor yang beragam kadang berkembang dalam sporokarp aseksual dengan ciri yang berbeza (mis. acervulus, pycnidium, dan sporodochium).

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Pemanfaatan[sunting | sunting sumber]

Kulat-kulat divisi ini ada ciri yang dimanfaatkan manusia dalam pembuatan makanan khususnya dalam penapaian bahan mentah kepada produk akhir dengan sifat diingini. Ragi (Saccharomyces cereviceae) digunakan utama dalam pembuatan roti dan minuman beralkohol glukosa berasaskan bijirin[1] begitu juga dengan Saccharomyces ellipsoideus untuk pembuatan wain dari anggur dan Saccharomyces tuac untuk menapai nira kelapa menjadi air tuak.

Kula-kulat askus juga berperanan dalam pengolahan kacang soya kepada beraneka bahan makanan: Neurospora sitophila merupakan bahan "kapang" menapai dalam pembuatan oncom yang popular dalam masakan Jawa manakala Aspergillus wentii digunakan untuk mengubah kanji dan selulosa kacang sama menjadi glukosa dalam pembuatan kicap dan taucu. Trufel putih yakni Tuber magnatum yang paling didambakan dalam masakan Barat sehingga mencecah harga mahal hasil permintaan tinggi turut tergolong dalam alam ini.

Phaeoacremonium parasitica hinggap membiak pada kayu beberapa jenis gaharu yang bertindak balas merembeskan resin berbau harum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ferdinand P, Fictor (2009). Praktis Belajar Biologi untuk kelas X Sekolah Menengah Atas/Madrasah Aliyah (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidikan Nasional. m/s. 58–59. ISBN 978-979-068-824-7.
  2. ^ Kirk, P. M.; Cannon, P. F.; Minter, D. W.; Stalpers, J. A. (2008). Dictionary of the Fungi (ed. ke-10). Wallingford: CABI. m/s. 55. ISBN 978-0-85199-826-8.
  3. ^ Anshori, Moch; Martono, Joko (2009). Biologi untuk siswa Sekolah Menengah Atas (SMA)-Madrasah Aliyah (MA) Kelas X (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidikan Nasional. m/s. 137. ISBN 978-979-068-130-9.
  4. ^ Sulistyorini, Ari (2009). Biologi 1 untuk Sekolah Menengah Atas/Madrasah Aliyah Kelas X (PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidikan Nasional. m/s. 109. ISBN 978-979-068-132-3.

Templat:Eukaryota Templat:Fungi Templat:Kehidupan di Bumi