Asertif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Asertif (Tulisan Jawi:اسرتيف)adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris 'assertive', yang diberi makna dalam kamus English-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebagai "menyatakan, menegaskan atau menuntut".[1] [2]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada didalam fikirannya sama ada positif atau negatif.[3][4]

Individu yang asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui lisan atau bukan lisan.

Ciri-ciri dan Kemahiran Utama Kemahiran Asertif[sunting | sunting sumber]

  • Menyatakan pendapat secara berterus terang.
  • Menghormati idea,keperluan dan perasaan orang lain.
  • Bijak meluahkan perasaan dan kepentingan dirinya.
  • Tidak mudah dipergunakan oleh orang lain.
  • Menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif.
  • Tingkah laku penyayang

Matlamat Asertif[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan perasaan yakin pada diri.
  • Dapat meluahkan perasaan dengan bebas.
  • Yakin tanpa ketepikan hak orang lain.
  • Disanjung jujur dan berterus terang.
  • Percaya tentang apa diperkatakan.
  • Dapat mengatasi masalah dan kritikan dengan lebih berkesan lagi.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Hak[5] Pendirian Menang-kalah
Utamakan hak sendiri dan hormati hak orang lain Saya baik, kamu juga baik Saya menang, kamu menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]