Aset

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Aset dalam perniagaan dan perakaunan ialah merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat. Sebarang harta tanah atau barangan berharga yang dimiliki, yang biasanya dianggap boleh guna sebagai bayaran hutang seseorang, biasanya dianggap sebagai satu aset. Secara mudah, aset merupakan benda yang mudah ditukarkan kepada tunai.[1] Kunci kira-kira sesebuah firma merekodkan nilai kewangan[2] aset yang dimiliki oleh sesebuah firma. Ia merupakan wang dan barangan berharga lain kepunyaan individu atau perniagaan.[3] Dua kelas aset utama ialah aset aset ketara dan aset tidak ketara. Aset ketara terdiri daripada beberapa subkelas, termasuk aset semasa dan aset tetap.[4] Aset semasa termasuklah inventori, manakala aset tetap ialah seperti bangunan dan peralatan.[5]

Aset tidak nyata merupakan sumber dan hak bukan fizikal yang memiliki nilai kepada syarikat kerana ia memberikan syarikat kelebihan dalam pasaran. Contoh aset tidak nyata adalah nama baik ("goodwill), hakcipta, tanda dagang, paten dan perisian komputer,[5] dan aset kewangan, termasuk jenis seperti "accounts receivable", bon dan stok.

Ciri-ciri aset[sunting | sunting sumber]

Aset memiliki tiga ciri utama:

  • Kemungkinan keuntungan masa hadapan yang membabitkan kepasiti, secara tunggal atau dengan gabungan dengan aset lain, dalam kes usahawan berorentasi keuntungan, bagi menyumbang secara langsung, atau tidak langsung kepada aliran tunai, dan, dalam kes organisasi bukan laba, untuk memberikan perkhidmatan;
  • Entiti boleh mengawal capaian kepada kebaikan itu;
  • Transaksi atau peristiwa memberi hak kepada entity, atau kawalan, keuntungan yang telah pun berlaku.

Ianya tidak perlu, dari segi istilah perakaunan, untuk mengawal sesuatu aset untuk keuntungan sebagai boleh dilakukan menurut undang-undang sebelum sesuatu sumber ditakrifkan sebagai aset, asalkan entity itu boleh mengawal penggunaannya melalui cara lain.

Adalah penting bagi memahami bahawa dari segi perakaunan aset tidak sama dengan hak milik. Aset adalah sama dengan "equity" tambah "tanggungan/laibiliti".

Persamaan perakaunan mengaitkan aset, tanggungan, dan ekuiti pemilik:

Aset = Tanggungan + Modal (Ekuiti Pemilik)
Assets = Liabilities + Capital (Owners' Equity)


Persamaan perakaunan adalah struktur methematik bagi kunci kira-kira (“balance sheet”).

Aset disenaraikan dalam kunci kira-kira. Sama juga, dalam ekonomi aset merupakan sebarang bentuk kekayaan yang boleh disekat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sullivan, arthur; Steven M. Sheffrin (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 272. ISBN 0-13-063085-3. http://www.pearsonschool.com/index.cfm?locator=PSZ3R9&PMDbSiteId=2781&PMDbSolutionId=6724&PMDbCategoryId=&PMDbProgramId=12881&level=4. 
  2. J.G.Siegel, N.Dauber & J.K.Shim, "The Vest Pocket CPA", Wiley, 2005.

    Terdapat kaedah berbeza bagi menilai nilai kewangan bagi aset yang direkod dalam kunci kira-kira. Dalam sesetengah kes, Kos Sejarah biasanya digunakan; seperti nilai aset ketika ia dibeli di masa lalu sebagai nilai kewangan. Dalam cara lain, nilai pasaran wajar aset kini digunakan bagi menentukan nilai yang ditunjukkan dalam kunci kira-kira.

  3. Sullivan, arthur; Steven M. Sheffrin (2003). [http://www.pearsonschool.com/index.cfm? locator=PSZ3R9&PMDbSiteId=2781&PMDbSolutionId=6724&PMDbCategoryId=&PMDbProgramId=12881&level=4 Economics: Principles in action]. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 192. ISBN 0-13-063085-3. http://www.pearsonschool.com/index.cfm? locator=PSZ3R9&PMDbSiteId=2781&PMDbSolutionId=6724&PMDbCategoryId=&PMDbProgramId=12881&level=4. 
  4. J. Downes, J.E. Goodman, "Dictionary of Finance & Investment Terms", Baron's Financial Guides, 2003
  5. 5.0 5.1 J. Downes, J.E. Goodman, "Dictionary of Finance & Investment Terms", Baron's Financial Guides, 2003; and J.G.Siegel, N.Dauber & J.K.Shim, "The Vest Pocket CPA", Wiley, 2005.

Templat:Economicsfooter