Ashmit Patel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ashmit Patel
Kelahiran (1978-01-13) 13 Januari 1978 (umur 46)
PekerjaanPelakon filem
Tahun aktif2002–kini
Rakan kongsi domestikRagini Khanna
Ibu bapaAsha Patel
Amit Patel
SaudaraAmisha Patel (kakak)

Ashmit Patel (Gujarat: અશ્મિત પટેલ) (dilahirkan pada 13 Januari 1978[1]) ialah seorang pelakon India yang muncul dalam filem-filem Bollywood.

Patel dilahirkan dalam keluarga Hindu Gujarati / Maharashtrian (bapa) dan Sindhi (ibu) di Mumbai. Dia adalah anak lelaki Amit Patel dan Asha Patel, adik lelaki Amisha Patel,[2] dan cucu ahli politik - peguam yang terkenal Rajni Patel yang menjadi Presiden Jawatankuasa Pradesh Kongres di Mumbai. Nama kelahirannya adalah gabungan nama ibu bapanya.[1]

Patel belajar Cathedral and John Connon School di Mumbai dan kemudian melanjutkan pengajian di University of Texas at Austin, Amerika Syarikat, dan menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan pada tahun 2000.[3] Setelah tamat pengajian, dia bekerja dengan bapanya untuk seketika, tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk berlakon seperti mana kakaknya.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier Patel bermula sebagai pembantu pengarah dan bekerja dengan Vikram Bhatt dalam pembikinan filemnya, Aap Mujhe Achche Lagne Lage (2002), Awara Paagal Deewana (2002), Raaz (2002) dan Footpath (2003).[4] Dia membuat debut lakonannya dengan filem Inteha yang diarahkan oleh Vikram Bhatt.[5] Pada 2004, dia muncul bersama Mallika Sherawat dan Emraan Hashmi dalam thriler Murder, inspirasi Bollywood dari Unfaithful. Filem itu adalah kejayaan komersial pertamanya.[6]

Pada 2005, Patel membintangi thriler arahan Soni Razdan Nazar[7] dan Silsilay arahan Khalid Mohammed. Kedua-dua buah filem itu tidak mencapai kejayaan pecah panggung.[8] Pada 2006, dia juga memegang watak utama dalam Dil Diya Hai, Banaras dan Fight Club.[9] Dalam tahun 2007, dia membintangi komedi Kudiyon Ka Hai Zamana bersama-sama Mahima Chaudhary dan Rekha.[10] Filem berikutnya Toss diterbitkan pada tahun 2009.[11]

Patel tampil sebagai salah seorang finalis musim ke-4 rancangan realiti TV India Bigg Boss.[12] Dia mengacara sebuah rancangan Superstud di UTV Bindass dan mengusahakan dua buah filem, Good Night dan Future Toh Bright Hai Jee. Kini dia mengacara sebuah rancangan Superdude di UTV Bindass.

Patel adalah ahli seumur hidup Kelab TV dan Filem Antarabangsa AAFT.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan lain
2003 Inteha Ranbir Oberoi/Vikram Rathore/Rakesh Sharma
2004 Murder Sudhir Saigal
2005 Nazar Rohan Sethi
Silsilay Nikhil
2006 Fight Club – Members Only Dinesh
Banaras: A Mystic Love Story Soham
Dil Diya Hai Kunaal Malik
Kudiyon Ka Hai Zamana Amar
2009 Toss Josh
2014 Jai Ho Sumit

Pembantu Pengarah[sunting | sunting sumber]

Realiti TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Rancangan Tempat Saluran
2010
Bigg Boss (musim 4)
Tempat ketiga
Tersingkir pada hari ke-96
Colors
2011
Superdude
Diri sendiri, Pengacara dan juri
UTV Bindass

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Ashmit Patel". Zoomtv.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2012. Dicapai pada 20 November 2010.
  2. ^ "My brother Ashmit Patel". DNA. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2010. Dicapai pada 17 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Ashmit Patel - Biography". ChakPak Movies. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2012. Dicapai pada 20 November 2010.
  4. ^ "Ashmit Patel Biography". Yahoo! Movies. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2010. Dicapai pada 17 November 2010.
  5. ^ "There's always a first time". Bollywood Hungama. Dicapai pada 17 November 2010.
  6. ^ "Box Office 2004". Box Office India. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2010. Dicapai pada 17 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Ashmit denied visa, but it's week of Nazar's release". Indian Express. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  8. ^ "Flops of the Decade: 'Silsilay'". MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  9. ^ "Photo Feature: Ashmit Patel from Superboy to Superman". Bollywood Hungama. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  10. ^ "New releases: Kudiyon Ka Hai Zamaana". Indian Express. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  11. ^ "Ashmit Patel on a comeback trail". Zoomtv.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2012. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  12. ^ "Ashmit Patel sings his blues". IBNLive. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2010. Dicapai pada 5 Disember 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:BBHM