Asid nukleik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rajah sistematik asid nukleik

Asid nukleik merupakan merupakan sejenis makromolekul yang terdiri daripada rantaian nukleotida. Dalam biokimia molekul ini mampu membawa maklumat atau membentuk struktur dalam sel. Asid nukleik yang biasa termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup, kerana mereka terkandung dalam segala sel. Asid nukleik juga terdapat di dalam virus.

RNA diterbitkan dari DNA dalam beberapa bentuk dan setiap bentuk RENA ini mempunyai tugasan yang tersendiri. Messenger RNA (mRNA) berfungsi membawa maklumat genetik dari DNA semasa sintesis protein.

Transfer RNA (tRNA) pula membawa asid amino yang tepatan dengan maklumat genetik yang dibawa oleh mRNA. Manakala RNA ribosoma (rRNA) menyediakan tapak bagi pertamtuam asid amino tadi untuk membentuk protein.

Asid nukleik terdiri dari rantaian makromolekul yang kecil yang dikenali sebagai nukleotida yang diikat oleh ikatan ikatan fosfodiester dimana DNA dan RNA hanya mempunyai empat jenis nukleotida yang berbeza.

Setiap nukleotida mengandungi struktur gula yang menjadi teras, kumpulan fosfat yang diikat pada gula oleh ikatan fosfoester dan struktur bes aromatik. Struktur bes ini pula dikelaskan kepada dua jenis iaitu purin yang mengandungi adenin (A) dan tiamin (T), manakala piridin pula mengandungi sitosin (C) dan tiamin (T).

Sementara itu RNA juga mempunyai struktur bes yang sama kecuali tiamin telah ditukarkan kepada urasil (U). Di dalam rantaian asid nukleik ATGC ini wujud secara berpasangan dimana A berpasangan dengan T/U dan G berpasangan dengan C. Pasangan ini diikat dengan pembentukkan ikatan hidrogen.


Keluarga utama bahan biokimia
Peptidas | Asid amino | Asid nukleik | Karbohidrat | Gula nukleotida | Lipid | Terpena | Karotenoid | Tetrapirrola | Kofaktor enzim | Steroid | Flavonoid | Alkaloid | Poliketida | Glikosida
Analogues of nucleic acids:   Analogues of nucleic acids: