Asimilasi (linguistik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam konteks linguistik, asimilasi merupakan proses perubahan bunyi-bunyi asas tuturan sesebuah bahasa baik dari konsonan atau vokal menjadi mirip atau sama dengan bunyi lain yang berdekatan. Misalnya, akar bahasa Proto-Malayo-Polinesia *qabuk berubah lama kelamaan menjadi perkataan habuk.[1]

Menurut pengaruhnya terhadap fonem, asimilasi dibahagi menjadi dua iaitu:

  • fonemis, yang menyebabkan berubahnya pengenalan suatu fonem;
  • fonetis, yang tidak menyebabkan perubahan pengenalan suatu fonem.

Menurut letak bunyi yang diubah, asimilasi dibahagi tiga yaitu:

  • progresif, jika bunyi yang diubah terletak di belakang bunyi yang mempengaruhinya;
  • regresif, jika bunyi yang diubah terletak di depan;
  • resiprokal, jika perubahan terjadi pada kedua bunyi yang saling mempengaruhi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*qabuk - dust, sawdust". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 4 Mei 2021.