Asma binti Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Asma binti Abu Bakar merupakan anak kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Adiknya Aishah binti Abu Bakar merupakan isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkahwin sebanyak dua kali dan suaminya yang terakhir adalah Zubair ibn Awwam yang mana hasil dari perkahwinan ini lahirlah seorang anaknya yang terkenal iaitu Abdullah ibn Zubair.

Jasa dan sumbangannya[sunting | sunting sumber]

Ketika Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di gua untuk melarikan diri daripada ancamana kaum Quraisy, beliaulah yang membekalkan makanan dan minuman kepada Nabi dan ayahnya. Kerana jasanya dia digelar Zatun Naqatain yang bermaksud "Yang Empunya Dua Tali Pinggang".

Bersama anaknya dan Hajjaj[sunting | sunting sumber]

Ketika anaknya, Abdullah bin Zubair meminta pendapat daripada beliau tentang keadaan anaknya yang sudah dikepung oleh tentera Bani Ummaiyyah, Asma memberi semangat kepada anaknya untuk terus berjuang. Asma' berkata kepada anaknya

"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat".

Lalu Abdullah ibn Zubair melancarkan serangan terakhir sehingga dia mati dibunuh oleh gabenor Bani Ummaiyyah iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Beliau merasa bangga dengan kematian anaknya. Hajjaj mengarahkan mayat anaknya itu digantung dan disalib di atas tiang sebagai tanda penghinaan kepada Abdullah bin Zubair. Lalu Asma mengatakan:

"Bukankah sampai masanya pahlawan yang berdiri megah ini turun dari kudanya?"

Mendengar kata itu daripada Asma, maka Hajjaj merasa malu kerana dengan menaikkan mayat Abdullah ibn Zubair itu bermakna menaikkan martabat Abdullah itu sendiri dan orang ramai yang lalu lalang pasti akan mengutuk akan kekejaman Hajjaj. Lantas Hajjaj menurunkan mayat Abdullah dan menyerahkannya kepada ibunya Asma binti Abu Bakar.