Asmara, Eritrea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Asmara

ኣስመራ Asmera, أسمرة Asmara
Panorama Asmara
Panorama Asmara
Letak Asmara di Wilayah Maekel, Eritrea
Letak Asmara di Wilayah Maekel, Eritrea
Koordinat: 15°19′22″N 38°55′30″E / 15.32278°N 38.92500°E / 15.32278; 38.92500Koordinat: 15°19′22″N 38°55′30″E / 15.32278°N 38.92500°E / 15.32278; 38.92500
Negara Eritrea
WilayahWilayah Maekel
Luas
 • Darat4,694.3 batu persegi (12,158.1 km2)
Ketinggian
7,628 ft (2,325 m)
Penduduk
 (2003)
 • Jumlah600,000
 • Kepadatan85/batu persegi (32.9/km2)
Zon waktuUTC+3 (EAT)

Asmara (Bahasa Arab: أسمرة) merupakan ibu negara Eritrea dengan penduduk ±579.000 jiwa. Majoriti industri adalah tekstil dan pakaian, daging proses, bir, kasut, dan seramik.

Asmara terletak di 15°20' utara dan 38°55' timur (15.333, 38.91667).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada masa dahulu, Asmara terdiri daripada empat kampung kecil yang berdiri pada awal abad ke-12 sebagai pusat perdagangan dan kemudian menjadi pusat pentadbiran wilayah Habsyah, Ras Alula.

Kemudian kawasan ini dijajah oleh Itali pada 1889 dan menjadi ibu negara Eritrea pada 1897. Pada akhir 1930–an, Itali mengubah struktur bandar ini dengan struktur bandar yang berbeza dan bangunan baru; Asmara kemudian dinamakan 'Piccola Roma' (Rom Mini). Malah pada hari ini sebahagian besar bangunan besar merupakan bangunan warisan Itali dan banyak kedai yang masih menggunakan nama Itali (Contoh: "Bar Vittoria", "Pasticceria moderna", "Casa del formaggio", "Ferramenta").

Semasa perang kemerdekaan Eritrea daripada Habsyah, lapangan terbang di Asmara menjadi lokasi konflik utama. Lapangan terbang itu juga digunakan oleh Habsyah untuk menerima bekalan senjata daripada penyokong asing. Asmara menjadi bandar terakhir yang dibebaskan oleh Barisan Pembebasan Rakyat Eritrea (EPLF), ia telah diduduki pada 1990 dan diserahkan tanpa tentangan dari tentara Habsyah pada 24 Mei 1991.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]