Asmara (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Asmara adalah merupakan sebuah drama percintaan dan kekeluargaan yang penuh konflik kehidupan. Diarahkan oleh pengarah Heykal Hanafiah dan dibintangi oleh Shahz Jaszle, Faezah Elai, Faralyna Idris, Fiza Halim dan ramai lagi. Disiarkan setiap hari selasa pada jam 9 malam bermula pada 31 Ogos 2010 di Slot Lestary, TV3.

Asmara
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahHeykal Hanafiah
Lagu pembukaan"Menyesal" nyanyian 6ixth Sense
Lagu penutup"Menyesal" nyanyian 6ixth Sense
PenggubahGjie
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitRosyam Nor
Runika Mohd Yusof
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Ogos 2010 – 23 November 2010
Kronologi
MengikutiHotel Mania
Diikuti olehHani
Rancangan berkaitan
Asmara 2

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shahz Jaszle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.

Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna Idris).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Menyesal" (6ixth Sense)Adi Priyo SambodoGjie  
2. "Andai Itu Takdir Mu" (Syah Basree)Sulu SarawakOmar K  
3. "Terima Kasih Cinta" (Afgan)Mario KacangMario Kacang  
4. "Masih (Sahabat Ku Kekasih Ku)" (Ada Band)KrishnaKrishna  
5. "Berganti Hati" (Anggun)Anggun & SissokoAnggun & Sissoko  

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber: http://blog.mohdisa.com/sinopsis-drama-asmara-2-tv3.html#ixzz1H25rAEVg Diarkibkan 2011-03-03 di Wayback Machine