Asmawi Tengku Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YAM. Tengku Dato' Setia Perkasa Haji Asmawi bin Tengku Haji Husain dilahirkan pada tahun 1945. Beliau ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Pahang. Ayahandanya ialah Tengku Haji Hussain ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Muhtassim Billah, manakala bondanya ialah Dato' Hajah Shamsiah binti Dato' Haji Abdul Hamid.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang pada 26 Julai 1970 dan dikurniakan 3 orang putera iaitu: i) YM. Tengku Ahmad Ashraf bin Tengku Dato' Haji Asmawi. Dilahirkan pada 1972. ii) YM. Tengku Khairil Ashraf bin Tengku Dato' Haji Asmawi. Dilahirkan pada 1974. iii) YM. Tengku Amirul Ashraf bin Tengku Dato' Haji Asmawi. Dilahirkan 29 Jun 1982. Tengku Amirul Ashraf meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Segamat, Johor pada 6 Jun 1993. YAM. Tengku Dato' Setia Perkasa Haji Asmawi dan Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Tengku Nur Iman Soleha binti Tengku Dato' Haji Asmawi. Putera sulungnya YM. Tengku Ahmad Ashraf bin Tengku Dato' Haji Asmawi mendirikan rumah tangga bersama Nor Zehan binti Nor Halim dan di kurniakan 3 orang cahaya mata YM. Tengku Amyr Salahuddin Ashraf bin Tengku Ahmad Ashraf (Sulung), YM. Tengku Lunarafea Ashraf binti Tengku Ahmad Ashraf, dan YM. Tengku Adyl Rafiuddin Ashraf bin Tengku Ahmad Ashraf (Bongsu). Putera kedua, YM. Tengku Khairil Ashraf bin Tengku Dato' Haji Asmawi pula mendirikan rumah tangga bersama Azura binti Ahmat yang juga berasal dari Pekan, Pahang dan dikurniakan dua puteri, YM. Tengku Nursofea Camelia Ashraf binti Tengku Khairil Ashraf, dan YM. Tengku Nuralya Nabila Ashraf binti Tengku Khairil Ashraf.

Selepas Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang meninggal dunia, Tengku Dato' Setia Perkasa Haji Asmawi telah mendirikan rumah tangga dengan seorang kakitangan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Roslizawati Abd. Rahman di Kemaman, Terengganu. Roslizawati juga merupakan seorang penyanyi Majlis Perbandaran Kuantan dan salah seorang bekas finalis program Sinaran Pasport Kegemilangan 1998 terbitan TV3 dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Puteri-Puteri Sinaran.

Atas jasa bakti dan kesetiaan Tengku Dato' Haji Asmawi kepada KDYMM Sultan Pahang dan negara Malaysia, Tengku Dato' Haji Asmawi telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), Sri Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Ahli Mangku Negara (AMN).