Asnaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam.Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan:

  1. Fakir (al-Fuqara)
  2. Miskin (al-Masakin)
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan)
  6. Gharimin (penghutang muslim)
  7. Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah)
  8. Ibnus Sabil (musafir)

Salah guna wang zakat[sunting | sunting sumber]

Ulama terkenal dan Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan bahawa adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. Penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.

Dalam Al Quran, wang zakat perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya. Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]