Asfalt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aspal)
Lompat ke: pandu arah, cari
Asfalt/bitumen semulajadi dari Laut Mati
Asfalt/bitumen diperhalusi

Asfalt kadang-kala juga dikenali sebagai bitumen,[1][2],[3]), merupakan bentuk petrolium cecair melekit, hitam dan amat likat atau separa pepejal. Ia boleh didapati secara semulajadi atau sebagai produk diperhalusi; ia merupakan bahan yang dikelaskan sebagai tar. Sehingga kurun ke-20, istilah asphaltum turut digunakan.[4] The word is derived from the Ancient Greek ἄσφαλτος ásphaltos.[5]

Lapisan konkrit asfalt di jalan yang sedang di bawah pembinaan.
Ujian menjatuhkan tar di Universiti Queensland, menunjukkan kelikatan asfalt/bitumen

Kegunaan utama (70%) asfalt/bitumen adalah dalam pembuatan jalan, di mana ia digunakan sebagai gam atau pengikat campuran dengan partikel agregat untuk menghasilkan konkrit asfalt. Kegunaan utama lainnya adalah untuk produk bitumen kalis air, termasuk penghasilan felt bumbung dan untuk menutup bumbung yang rata.[6]

Istilah asfalt dan bitumen sering digunakan silih berganti membawa erti kedua-dua bentuk semula jadi dan bahan yang dihasilkan. Dalam Bahasa Inggeris Amerika , asfalt (atau simen asfalt) adalah sisa yang diperhalusi dengan teliti hasil proses penyulingan minyak mentah yang dipilih. Di luar Amerika Syarikat, produk ini sering dipanggil bitumen. Ahli geologi sering memilih istilah bitumen. Penggunaan umum sering merujuk kepada pelbagai bentuk asfalt / bitumen sebagai "tar", seperti Lubang Tar La Brea.

Asfalt / bitumen yang terhasil secara semulajadi kadang-kala disebut sebagai "bitumen mentah". Kelikatannya adalah sama dengan sirap pekat sejuk [7][8] manakala bahan yang diperoleh hasil penyulingan berperingkat daripada minyak mentah yang mendidih pada suhu 525 °C (977 °F) kadang-kadang dirujuk sebagai "bitumen diperhalusi". Wilayah Kanada Alberta mempunyai kebanyakan rizab dunia bagi bitumen asli, yang meliputi 142,000 kilometer persegi (55,000 batu persegi), satu kawasan yang lebih besar daripada England.[9]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Asfalt.

Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Dictionary Reference: bitumen
  2. ^ The Free Dictionary: bitumen
  3. ^ Oxford Dictionaries: [1]
  4. ^ Abraham, Herbert (1938). Asphalts and Allied Substances: Their Occurrence, Modes of Production, Uses in the Arts, and Methods of Testing (edisi 4th). New York: D. Van Nostrand Co. Dicapai pada 16 November 2009.  Full text at Internet Archive (archive.org)
  5. ^ asphalt, Chambers 21st Century Dictionary
  6. ^ Anja Sörensen and Bodo Wichert "Asphalt and Bitumen" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry Wiley-VCH, Weinheim, 2009. DOI:10.1002/14356007.a03_169.pub2http://www.qrpoil.com/site/?bitumen
  7. ^ "Oil Sands – Glossary". Oil Sands Royalty Guidelines. Government of Alberta. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2007. Dicapai pada 2 February 2008. 
  8. ^ Walker, Ian C. (1998), Marketing Challenges for Canadian Bitumen (PDF), Tulsa, OK: International Centre for Heavy Hydrocarbons, diarkibkan daripada original (PDF) pada 2012-03-13, Bitumen has been defined by various sources as crude oil with a dynamic viscosity at reservoir conditions of more than 10,000 centipoise. Canadian "bitumen" supply is more loosely accepted as production from the Athabasca, Wabasca, Peace River and Cold Lake oil-sands deposits. The majority of the oil produced from these deposits has an API gravity of between 8° and 12° and a reservoir viscosity of over 10,000 centipoise although small volumes have higher API gravities and lower viscosities. 
  9. ^ "ST98-2015: Alberta's Energy Reserves 2014 and Supply/Demand Outlook 2015–2024" (PDF). Statistical Reports (ST). Alberta Energy Regulator. 2015. Dicapai pada 19 January 2016.