Asrama 1 Malaysia (A1M) mula
dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran
kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010
seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina :
9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum
Kuala Lumpur.
(A1M) menempatkan murid pelbagai
kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep
1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspek
fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus
kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti
kepada agama, budaya, adat resam dan
kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai
kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar
bersama dan memahami budaya antara satu
sama lain.
Modal Insan yang dihasilkan melalui A1M
kelak merupakan murid-murid yang memiliki
sikap penerimaan antara kaum terhadap
kepelbagaian budaya, adat resam,
kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia.
Penubuhan A1M adalah sebagai
menyokong usaha kerajaan dalam membentuk
persefahaman dan keharmonian antara kaum
ke arah melahirkan rakyat yang patriotik dan
saling menghormati, seterusnya membentuk
negara yang bersatu padu, aman dan makmur.
Matlamat Asrama 1Malaysia adalah seperti
berikut :
Untuk melihat rakyat negara ini tinggal
bersama dan berasa serasi antara satu
sama lain pada peringkat sekolah, sekaligus
akan memupuk perpaduan nasional
(Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak)dan
Merealisasikan gagasan 1Malaysia
KEPENTINGAN
Memupuk anak bangsa-bangsa utama di Malaysia lebih memamhami budaya, adat resam, dan pantang larang yang ada di dalam setiap bangsa.Dengan cara ini kita dapat membiasakan diri anak-anak kita untuk berkerjasama walaupun berlainan bangsa, bahasa dan warna kulit.