Asraruddin Putra Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohd Asraruddin
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Asraruddin Putra Omar
Tarikh lahir (1988-08-26) 26 Ogos 1988 (umur 29)
Tempat lahir Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Ketinggian 183 cm
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Darul Takzim FC
Nombor 4
Kerjaya remaja
2001-2005 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2006-2007 Piala Presiden Selangor
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2007-2013 Selangor FA 80 (6)
2014- Darul Takzim FC 21 (0)
Pasukan kebangsaan
2005–2008 Malaysia Malaysia B-19 20 (1)
2005–2009 Malaysia Malaysia B-20 18 (4)
2008–2011 Malaysia Malaysia B-23 13 (1)
2008- Malaysia Malaysia 33 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga July 23, 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga July 23, 2014

Mohd Asrarudin Putra Omar (lahir 1988) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain selaku pertahanan untuk pasukan Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini merupakan pemain serba boleh. Dia memainkan watak penting ketika menbantu Malaysia layak ke kejohanan Belia Asia 2006 di India.

Semasa mewakili pasukan bawah 19 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Juara Belia 2007 (CYC), Asraruddin memegang tanggungjawab selaku penolong ketua pasukan. Dia kemudian menjadi ketua pasukan ketika menentang PSV Eindhoven setelah Bunyamin Umar mengalami kecederaan. Persembahan yang beliau tonjolkan ketika berlangsungnya CYC menarik minat PSV Eindhoven untuk membawanya mengikuti latihan selama seminggu di Akademi PSV.[1][2]

Asraruddin membuat penampilan pertama bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika menentang Republik Ireland pada 15 Mei 2008 di kejohanan Piala Antara Benua 2008. Dia kemudian mewakili dan beraksi pertama kali bersama pasukan Malaysia ketika menentang India di Hyderabad pada 22 Julai 2008. Dia juga membuat penampilan bersama Malaysia XI ketika menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Pada perlawanan tersebut Malaysia XI tewas 0-2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]